Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Solat jamak dan qasar

Wednesday, May 21, 2014

S: Bolehkah seorang yang menunaikan solat fardhunya secara jamak dan qasar mengikut imam yang bersolat sempurna?

S: Bagaimana jika seorang musafir yang mengqasarkan solat zuhurnya mengikut imam sempurna pada rakaat ketiga? Boleh atau tidak dan bagaimana?

S: Seorang yang bermukim dalam satu taman atau penempatan dan ingin memulakan musafirnya sebelum solat zuhur. Dimanakah tempat yang sesuai untuknya solat jamak takdim zuhur? Adakah di surau taman yang berjiran dengannya atau di masjid yang biasa ia mengerjakan solat jumaatnya atau di masjid jirannya dll?

S: Seorang yang pulang dari musafir dan ingin menyempurnakan solat jamak takhirnya. Dimanakah tempat yang sesuai?

S: Seorang yang pulang dari musafir dan telah menyempurnakan jamak takdimnya. Apakah had sempadan yang perlu dia elakkan supaya dia kekal dalam musafir sehingga habis atau masuk waktu solat keduanya?

S: Seorang yang pulang dari musafir dan telah menyempurnakan jamak takdimnya. Adakah boleh dia merayau-rayau disekitar kawasan luar permukimannya semata-mata untuk kekal dalam musafir?

S: Seorang yang pulang dari musafir dan telah menyempurnakan jamak takdimnya. Adakah terbatal musafirnya jika dia singgah ke rumah saudaranya yang diluar pemukimannya? Rumah tersebut pula biasa ia singgah pada hari-hari lain.

S: Seorang yang ingin memulakan musafir dan telah singgah ke tempat kerja atau rumah saudaranya yang di luar kawasan pemukimannya. Maka dia telah mengerjakan solat jamak takdim di rumah saudaranya atau di masjid berdekatan.

S: Adakah seseorang itu dikira masih musafir selagi dia tidak masuk ke kawasan pemukimannya? Sedangkan dia berada atau berlegar-legar di kawasan yang biasa dia pergi dan lalu seperti tempat kerjanya atau rumah saudara-maranya.

S: Bagaimanakah dikira keluasan kawasan pemukiman seseorang itu?

S: Solat Jumaat bagi musafir ke umrah selepas subuh
J: Musafir selepas subuh hari Jumaat wajib Jumaat bagi perjalanan yang boleh diaturkan. Bagi perjalanan yang tak boleh diatur seperti kapalterbang atau kapal, tidak wajib jumaat.

No comments:

Post a Comment