|
Origami angsa yang pertama dicuba!!! |
Hari ini belajar membuat semula origami setelah lama ditinggalkan. Idea timbul setelah menyampul hadiah perkahwinan untuk rakan isteri serta hadiah hari guru. Apakah daya penarik yang ingin diletak di atas kotak hadiah?
|
Angsa kedua |
Boleh dikatakan semua rekabentuk telah dilupakan terutama cara membuat kapal yang banyak dipelajari daripada Kak Long. Idea membuat kapal didapati kerana bakal suami kepada rakan isteri kerja kapal. Tetapi percubaan buat kapal gagal kerana yang jadinya hanyalah canoe.
|
Origami rama-rama pertama yang berjaya dibuat |
Jadi kami carilah beberapa panduan di laman web cara-cara membuat bentuk lain yang lebih menarik. Web ini
http://goorigami.com/single-sheet-origami/origami-butterfly/3006 menunjukkan cara membuat rama-rama yang praktikal dan mudah. Web ini pula
http://snacksizedlife.wordpress.com/how-to-make-an-origami-crane/ menunjukkan cara membuat angsa.
|
Rama-rama kedua dan ketiga menggunakan kertas terpakai |
No comments:
Post a Comment