Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

9 Tip Perniagaan dari Gerai Minuman Anak Berumur 6 Tahun

Monday, May 19, 2014

Suatu hari, anak perempuan saya mengumumkan yang dia mahu membuka sebuah gerai minuman menjual air lemonad.

Mamandangkan saya tidak mahu menghabiskan masa hujung minggu saya dengan menjual air lemonad, saya cuba memujuk dia membatalkan niatnya dengan menunjukkan berapa wang yang harus dia keluarkan untuk membeli bancuhan minuman tersebut, mengambil cawan, pekara perkara seperti itu.

Walau apapun cara terbaik yang saya gunakan, dia tidak berubah fikiran. Dia tetap mahu meneruskan perniagaannya dan tiada apa apa yang dapat saya lakukan untuk menghalangnya.

Lantas saya mengambil peranan sebagai rakan kapitalis di dalam permulaan perniagaan pertamanya. Saya memutuskan sekurang kurangnya, ini merupakan peluang terbaik untuk mengajar anak saya mengira wang, prinsip asas perniagaan, perkara sedemikian.

Kami duduk dengan kertas dan pen dan mula menulis pelan pernigaan kami.

Ianya tidak mengambil masa yang lama untuk dia merasa jengkel dengan usaha saya untuk mengajar dia tentang struktur harga dan ROI (Return of Investment/pulangan modal), dia mendongak dan berkata,"Tapi ayah, saya cuma nak bagi sahaja. Jiran kita sangat baik, saya cuma nak bagi mereka air lemonad itu".

WOW! Apa yang akan anda katakan tentang itu? Dia telah mengenakan saya dengan perubahan permainan yang saya tidak jangkakan.

Tiba tiba, gerai lemonad itu berubah pengertian secara keseluruhannya.

Jadi kami simpankan pelan perniagaan kami, dia melukis poster tanda dan isteri saya membantu membancuh air lemonad itu.

Sebaik saja kami mahu membuka gerai, Sophia datang dari serambi belakang dengan membawa setangkai mint yang di ambilnya dari pasu.

"Boleh kita masukkan mint di dalam lemonad?" tanyanya. "Saya nak jadikanya lebih istimewa".

Dan dengan itu, pada petang Ahad di kejiranan yang sunyi, dia buka untuk berniaga.

Dalam beberapa minit saja, salah seorang daripada jiran yang mendengar tentang projek itu datang dengan 50 sen untuk membeli segelas lemonad. Dua kali ganda daripada harga yang mulanya mahu dikenakan oleh anak saya.

"Tapi itu percuma", Sophia membritahunya.

"Tak apa. Saya mahu mambayar kamu untuk lemonad kamu", balasnya.

Tak tahu apa yang hendak di lakukan dengan duit tersebut, Sophia memasukkannya di dalam cawan dan meletakkannya di atas meja ( dimana semua orang akan melihatnya).

Tidak berapa lama kemudian, semakin ramai jiran tetangga yang datang. Setiap orang memberi sekurang kurangnya 50 sen. Apabila ada kereta lalu, dia akan melompat keatas dan kebawah sambil menjerit "Lemonad Percuma!" dengan harapan mereka akan berhenti.

Kebanyakan daripada mereka tidak. Walaubagaimanapun, pada satu ketika, satu daripada mereka telah berhenti dan menghulurkan 3 ringgit untuk segelas lemonad. melebihi 1,100 persen jika dia menurut cadangan ayahnya dengan 25 sen segelas.

Di penghujung hari, Sophia telah menghasilkan 8.00 ringgit dengan gerai lemonad percumanya.

Apabila semuanya telah terucap dan terlaksana, saya sedar walaupun pengajaran asal perniagaan saya tidak terlekat pada anak saya tapi saya telah pelajari banyak tentang permasaran.

Inilah 9 tips gerai lemonad yang dapat anda gunakan untuk memasarkan perkhidmatan anda.

1. Beri sesuatu kepada orang secara percuma dan mereka akan merasa terhutang budi.
Apabila kita membantu seseorang, ia menghasilkan satu keinginan semula jadi untuk membalasnya. Sebagai pereka web, memberi tips yang berguna di dalam blog, mengambil bahagian di dalam forum dan menghulurkan nasihat dan bantuan kepada mereka yang bukan pereka web, berkongsi idea melalui twitter. Dengan melakukan demikian, anda bukan sahaja membentuk kepercayaan tetapi juga mengembangkan perhubungan dengan orang yang berpotensi menjadi pelanggan.

2. Beri pelanggan yang berpotenci merasakan apa yang anda tawarkan.
Tawarkan tema atau template secara percuma dengan kemudahan untuk menaikkan taraf ke versi 'pro'. Beri graphic percuma yang akan menujuk kepada identiti atau bungkusan jenama yang berpotensi sementara anda mendemostrasikan kreativiti anda. Apabila pengguna bersemangat menggunakan produk asas, kemungkinan besar mereka akan menaikkan taraf.

3. Jadikannya "Lebih Istimewa"
Jangan hanya menawarkan lemonad, masukkan setangkai mint. Jadikan semua yang anda lakukan lebih istimewa dan pelanggan akan lebih perasan. Bukan sahaja mereka akan kembali, mereka akan menceritakannya kepada rakan mereka.

4. Jangan takut untuk memberitahu 'jiran" (Network)
Perkara pertama yang anak saya lakukan setelah membuka gerainya ialah dengan berlari ke arah jiran dan memberitahu mereka, setelah mereka mendapatkan lemonad mereka, mereka memberitahu 2 lagi jirannya yang lain mengenai gerai lemonad itu - dimana kedua mereka datang segera dengan "derma". Jangan takut untuk memberitahu kawan atau rakan sekerja anda tentang perkhidmatan anda. Anda tak akan tau, kemungkinan mereka akan menceritakannya kepada bakal pelanggan anda yang besar kemudian.

5. Lakukan apa yang perlu anda lakukan untuk di lihat.
Hanya dengan meletakkan papan tanda tidak mencukupi. Pengiklanan anak saya termasuklah dengan melompat keatas dan ke bawah sambil menjerit "lemonda percuma" kepada kerata yang lalu lalang. Walaupun kelihatan sedikit terlampau tapi ia berkesan. Bagaimana anda "menjerit" tentang perniagaan anda?

6. Menjadi gigih
Walaupun banyak kereta telah lalu, anak saya tidak menyerah kalah. Akhirnya, setelah beberapa kegagalan di dalam percubaan, sebuah kereta berhenti - melipatgandakan hasilnya untuk hari itu.

7. Membina antisipasi
Pelanggan pertama anak saya tahu mengenai projeknya, dia datang sebaik saja gerai itu di buka. Jangan hanya melancarkan laman web baru anda, biar mereka tahu ia akan datang. Beri mereka petunjuk, tunjukkan mereka screen shot, jadikan mereka tertunggu tunggu dengan kedatangannya.

8. Cari rakan kongsi yang baik
Adik lelaki anak saya asyik minum air itu - bukan seorang rakan kongsi yang terbaik. Walaubagaimanapun , kawannya dari hujung jalan berada di situ bersamanya melompat lonpat sambil menjerit. Melipatgandakan usaha pengiklanan mereka.

9. Iklankan populariti anda
Apabila cawan anak saya mulai di penuhi dengan wang, orang akan lebih mudah untuk "menderma". Jangan takut untuk mengiklankan populariti anda. Letakkan pengira download, pengira komen dan jumlah pengunjung di tempat yng mudah di lihat. Cuma pastikan jumlahnya agak memberansangkan.

Sekarang anda telah baca, terpulang kepada anda untuk mengambil langkah seterusnya. bagi aku, aku dah pun mengamalkannya!

No comments:

Post a Comment