Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Viva yang ambiguous !!

Tuesday, March 4, 2014

Hari ini tiada ziarah, miqat akan dilakukan malam ini. Jadi aku ambil kesempatan selepas solat asar utk mencoret sedikit. Maaf aku tak boleh buka gmail… wifi terlalu slow…. FB ini pun aku tunggu begitu lama utk post.

Ingat tak aku selalu kata…. PhD bertujuan utk melahirkan independent researcher. Bukti? Anda tak perlukan bukti tetapi anda sendiri perlu buktikan yang anda telah bersedia menjadi seorang independent researcher dgn menjawab soalan2 dalam viva serta mempertahankan thesis anda.

Aku sering berkata…. Jgn kisah major ataupun minor correction… yang penting anda lulus….

Mana boleh….. sapa lak nak major? Kalau boleh nak lulus tanpa sebarang correction !!

Memanglah semua nak lulus….semua nak at least minor correction. Macam SPM semua nak 10 A. Tapi pada hakikatnya tak sampai 10% dapat 10 A…. 90 % lagi termasuk anda tak dapatpun 10 A !!

Samalah macam viva…. semua impikan lulus at least dgn minor.... Namun setelah berhempas pulas..... memastikan thesis tip top.... namun masih lagi sesuatu yang lazim, wpun tak mahu, calon lulus dgn major correction. Jika terjadi kepada anda, anggaplah ini satu proses dalam menjadikan anda independent researcher yang lebih competent...... malah ini bukan sesuatu yang patut dimalukan ….jadi jgn panic.

Selalunya pengerusi viva akan ucapkan…. Tahniah anda LULUS tetapi ada pembetulan “major”.

Setelah sekian lama ding dong akhirnya thesis anda dinilai dan diberikan “sentuhan terakhir” dgn “major correction” samada anda mahu ataupun tidak. Ingat…. Hampir 100% pelajar yang dapat “major correction” berjaya membuat pembetulan….dan akhirnya graduated…..dgn gelaran Dr…. termasuklah mungkin…. SV anda sendiri yg kini dah pun jadi Prof….. so… not a big issue.

Kenapa anda tak perlu panic?

Ini kerana viva adalah satu exam.... oral exam dgn pemeriksaan thesis kali terakhir yang berlaku dgn sedikit unsur ambiguity.... Kenapa cam tu?

Ambiguity sebab viva adalah exam yang tak ada skema markah bro…..tak ada standard tertentu yang explicit.... lebih kurang "suka hati" panel jer….. keputusan akhir sgt bergantung kpd “siapa” yang menjadi panel. Sering terjadi bila panel bertemu dlm sesi viva…panel A kata begini, panel B kata begitu dan pengerusi kata begini dan begitu. SV pulak tak boleh berkata2 hanya membisu macam batu.

Apa yang pasti… panel yang juga examiner akan mencari kelemahan thesis anda utk dimantapkan… dan jika berakhir dgn major correction…..tenang kerana penantian anda semakin hampir kegarisan penamat. Bayangkan thesis anda telah di “over haul” dan pastinya anda juga akan mengutip byk pengalaman disitu.

Ini empat langkah terakhir yg perlu akan lakukan...

1. Dapatkan penjelasan sejelas2nya ketika anda dimaklumkan keputusan tersebut. Jgn tiba2 jadi pemalu….jadi dara sunti plak... tanya sampai panel letih nak jelaskn….tanya apa yang perlu dilakukan dan jgn hanya menerima tanpa pertanyaan…. jot down… kalau perlu argue….argue !! Nyatakan rasional anda supaya boleh dibandingkan dgn rasional panel. Penjelasan dari mulut panel akan memberikan anda lebih pemahaman, aspek apa yang perlu dibetulkan dan apakah expectation panel dari pembetulan tersebut

2. Pastikan anda mendapat laporan bertulis secepat mungkin supaya “tak lupa” apa yang telah ditegur oleh panel. Ada sampai berbulan2 laporan tak keluar lagi !!

3. Segera berbincang dgn SV bagi mendapatkan kepastian akan pembetulan tersebut, kerana SV lah yang akan justify samada pembetulan tersebut telah dilakukan dgn betul. Terdapat cadangan pembetulan yang “bukan crucial” dan hanya bertaraf “cadangan” sehingga boleh sahaja diabaikan… jgn terlalu lurus bendul….

4. Segera publish artikel anda !!

Jadi.... segeralah siapkan thesis anda.....lebih baik selepas 3 tahun berhempas pulas menulis dapat MAJOR Correction berbanding selepas 5 tahun tetapi akhirnya pun dapat MAJOR Correction jugak !!

Namun anda perlu lakukan penulisan thesis dgn sistematik terlebih dahulu dgn target mendapat minor correction.... tetapi jika dapat juga major correction lakukan langkah2 diatas.....

Think positive !!

OT

No comments:

Post a Comment