Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Biografi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi rah

Wednesday, March 19, 2014

Sedikit Biografi Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zubair Ul Hasan Kandhalawi rah (1950- 2014 M).

Beliau merupakan anak kepada Maulana Inam Ul Hasan Kandhalawi rah dan juga cucu kepada Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah.Beliau di lahirkan pada tarikh 30 Mac 1950 M di Markaz Dakwah Tabligh Nizamuddin.Berj aya menghafal Al-Quran di tangan Maulana Abdul Qadir Raipuri rah.

Khirij dari Mazahirul Uloom Saharanpur di bawah tunjuk ajar Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya Kandhalawi rah pada tahun 1971.Beliau berkahwin dengan anak Maulana Hakim Ilyas pada tarikh 15 Januari 1969 yang di nikahkan oleh Maulana Zakariyya sendiri dan kemudiannya di kurniakan 6 orang anak,3 lelaki dan 3 wanita.





Beliau mengikuti nisab keluar setahun untuk golongan ulamak pada 9 Ogos 1974.Kemudian berbiat dalam jalan kerohanian dengan Maulana Zakariyya pada 10 Februari 1978.

Di lantik menjadi Syeikhul Hadith di Madrasah Kashiful Uloom,Nizamuddin pada 1996 selepas kematian bapa saudaranya iaitu Maulana Muhammad Izhar Ul Hasan Kandhalawi rah.Kemudian di lantik sebagai barisan Syura Jemaah Dakwah/Tabligh selepas kematian bapanya pada tahun 1996.Berganding bersama dengan Maulana Muhammad Saad Kandhalawi hafidzahullah sebagai Syura Jemaah Dakwah/Tabligh sehingga maut datang menjemputmu pada hari ini.

Beristirehatlah wahai Hazrat Syeikh,
sesungguhnya semasa hayatmu telah engkau korbankan segala-galanya untuk agama.Sekarang nikmatilah kerehatan sehingga ke hari kiamat


Sumber : Usamah Mables

2 comments:

  1. Hari ini menjadi hari yang paling sedih dalam hidup saya..
    Nak menangis....
    Alim besar yang amat saya sayangi dan cintai kerana Allah......
    Syeikh Maulana Zubair al-khandahlawi rah b Maulana In'amul hasan rah al-khandahlawi meninggal dunia 11 pagi tadi...
    Innalillahi wa inna ilaihi rajiun.Allahumma ajurni fi musibati wa akhlifli hoiron minha...
    Kita semua dari Allah dan kepadaNya kita kembali. Ya Allah ganjarilah atas musibah ini dan gantikanlah dengan yang lebih baik...
    Seorang pejuang yang tidak pernah berehat dari dakwah dan tangisan untuk umat ini...
    Ya Allah Ya Rahim berilah kerehatan buatnya selamanya hingga syurgaMu..
    Jadikanlah pemergian ulama yang kami cintai menjadi asbab hidayah seluruh manusia sampai kiamat...
    Tiada hari yang lebih indah dari mendengar nasihat darinya...
    Allah jadikan kata-katanya membuat hati ini sentiasa menangis..
    Ya Allah semuanya dariMu..
    Allah jadikannya asbab jutaan manusia telah datang pada Islam dan sunnah Nabi saw..
    Tidak pernah rehat walaupun sehingga terpaksa ditolak atas kerusi roda dan tidak upaya...
    Melalui hidupnya dengan sakit tapi tidak pernah menghalang beliau dari dakwah dan tangisan..
    Ini antara nasihat terakhir saya dengar ketika ijtimak tonghi januari baru ini yang meninggalkan kesan dalam hati saya..
    Sepanjang duduk bersama kawan-kawan saya asyik ulang nasihatnya di ikim dan di mana sahaja kerana sangat memberi kesan dalam hati saya.
    Tuan-tuan, maafkan saya jika kata-kata saya ini mengguris atau menyentuh hati tuan-tuan...
    Kita semua terlalu mencintai dunia sehingga akhirat kita telah terabai...
    Dunia ini jika terjadi, sebenarnya tiada apa yang terjadi...Tapi akhirat jika yang terjadi itulah yang sebenarnya yang terjadi....
    Nasihat lain, katanya dakwah ini bermula dengan malam...
    Nuh as dakwah malam dan siang..
    Menangis dan merayu bersungguh-sungguh waktu malam dan dakwah manusia diwaktu siang..
    Saya pernah tanya beberapa soalan padanya semasa saya umur 19 tahun...
    Bagaimana supaya ahli keluarga saya yang belum Islam datang pada Islam? Bagaimana supaya saya dapat meninggalkan dosa dan istiqamah buat baik..
    Jawabnya : Sentiasa bertaubat pada Allah..
    Minta ampun dan sentiasa menangis pada Allah..
    Allah sayang hambanya yang menangis dengan rasa bodoh dan tidak upaya di depannya...
    Dakwah ialah jalan semua Nabi-nabi..
    Apa jadipun jangan tinggalkan dakwah Nabi saw....
    Semua keluarganya alim dan daie besar dan dari salasilah sahabat rhum...
    Jika berkesempatan hadiahkan al-fatihah, dan kita doakan Syeikh Maulana Zubair al-khandahlawi semoga Allah cucuri rahmat yang mencurah ke atasnya ...-ebit lew....
    https://www.facebook.com/ebitlew

    ReplyDelete
  2. Semalam kami berjumpa dengan Mufti Nawar Ul Rahman ketika di majlis pengkebumian Maulana Zubair Ul Hasan rah.Mufti saheb telah memberitahu kami bahawa beliau menyimpan satu kisah mengenai Maulana Zubair Ul Hasan.

    Kata Mufti Saheb,betapa Maulana Zubair Ul Hasan mencintai al-quran.Maulana Zubair Ul Hasan setiap hari akan membaca 2 juz al-quran untuk di hadiahkan kepada ayahandanya iaitu Maulana Inam Ul Hasan Kandhalawi rah.

    Jika di bulan Ramadhan,Maulana Zubair akan membaca 1/5 juz al quran dalam tarawihnya.

    Kemudian selepas selesai tarawih bersama jemaah-jemaah yang datang ke Masjid Banglawalee ,beliau berehat sebentar.

    Kemudian beliau akan menjadi imam kepada wanita-wanita keluarganya dengan membaca 10 juz al-quran dalam tarawih mereka.

    Mufti Nawar Ul Rahman menambah bahawa Maulana Zubair Ul Hasan membaca 1/5 juz al-quran dalam tahajudnya.

    Beliau hanya akan berehat sebentar ketika lepas isyrak dan setengah jam sebelum solat subuh.

    Bashir Dan Aliaa Humaiera shared Anak Pendang Sekeluarga's photo.

    ReplyDelete