Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

My 2 cents

Tuesday, February 25, 2014

Bila kajian sekadar memberi impak kepada Mak Limah lenggang kangkung.... !

Kelas research methodology aku baru bermula. Bila aku acah2 tanya tajukkajian…. ramai yang berhasrat utk menguji keberkesanan itu dan keberkesanan ini. Maknanya, jika tidak berkesan sesuatu program atau sistem atau prosidur…. maka pihak berwajib perlu melakukan sesuatu.. termasuk membuat perubahan dasar atau memberhentikan perlaksanaan sesuatu yang tidak berkesan itu.

Fuhhh besar sungguh hajat mereka…. Macam lah itu sahaja kajian yang dituntut semasa mereka menjadi calon master / PhD..... spt mereka tu polisi maker atau ada kuasa…. Sedang mereka tak lebih dari calon PhD / Master yang novis yang sedang buat latihan praktikal hasilkan satu kajian…. sambil merangkak2 menulis thesis dan menggeletar bila buat prsentation.

So…..aku kata, PhD atau master hanyalah bertujuan untuk contribution the body of knowledge, bukan mengubah polisi dan memberi impak kepada mana2 badan…. ada yang tanya lagi…. apa maksud contribution the body of knowledge?

Inilah antara maksudnya…..contribution terhasil bila anda berupaya

1. Menguji kesesuaian model dgn variable / construct baru
2. Memberi penyelesaian kepada persoalan yang dahulunya tidak terungkai
3. Meneroka satu bidang dgn lebih menyeluruh
4. Menjalankan experimental bagi menguji sesuatu theory /effectiveness
5. Menyediakan data-data emperikal bagi kajian lanjut
6. Menguji satu method / tool baru dalam menyelesaikan isu lama
7. Menerbitkan satu algorithma / prosidur / simulation / formula
8. Mengupas pemikiran / tokoh / manuskrip
9. Menguji gabungan theory / construct
10. Menghasilkan kupasan theory terdahulu dgn analisis yang lebih mendalam
11. Membina software / instrument / qnaire / inventory / prototaip
12. Re-evaluate / revalidate instrument ....
13. dan anda boleh senaraikan lagi dan lagi dan lagi….

Betul ker inilah tujuan membuat kajian dan menulis thesis? Tak caya lah !

Tak caya.... dah jutaan calon yang berjaya dpt PhD pun buat benda yang sama. di atas....contribute to the body of knowledge.....sebab itu thesis anda wajib diterbitkan dlm bentuk journal article supaya contribution di atas boleh dilanjutkan oleh pengkaji lain….. bukan diserahkan utk tindakan mana2 badan….sebab merekapun "tak hingin" nak baca thesis2 tersebut !

Tambahan bro.... professor2 pun dapat jawatan tersebut kerana banyaknya artikel yang dipublished bukan besarnya impak kajian yang mereka jalankan...... Paling gahpun klu ada artikel tersebut published dlm high impact journal yg hanya impak kpd byknya "cited by" atau dirujuk bukanpun pada mana2 polisi .....malah ada artikel tersebut adalah hasil kajian PhD / Master supervisee mereka bukanpun kajian professor berkenaan!!

Jgn tak tahu.... Einstein hasilkan E=mc2 yang menjadi formula paling simple didunia tapi paling hebat dalam contribution to the body of knowledge !! Ada sesiapa panggil dia Prof Einstein?

Jadi sgt-sgt pelik jika masih ada SV terus menjegilkan bijik mata sambil meninggikan dada.....mempersoalkan perlunya impak kajian kepada polisi atau masyarakat tanpa bertanyakan contribution di atas sampai senak dan kecut perut calon2 baru nak dapatkan kajian yang sesuai! Maka terbayang dalam fikiran calon2 master / PhD utk kaji dasar itu dan ini..... samada sesuai ataupun tidak !!

Paling malang soalan impak ini menjadi soalan cepu mas dalam temuduga utk mendapatkan biasiswa !!

SV yang macam tu maybe elok buat PhD semula.....tunjukkan apa yang dimaksudkan dgn "impact" tersebut...... dan sama2 kita lihat apa impak yang dia boleh hasilkan dgn PhD dia tu ..... samada impak maksima atau sekadar impak kepada Mak Limah lenggang kangkung !!

OT - www.drotspss.blogspot.com

Pic - Aku sdg membina apps yang akan memberi impak kepada pengajaran organic mechanism reaction.... seluruh dunia.....InsyaAllah !!

1 comment:

  1. Bagi yg berhempas pulas, PhD / EdD / DBA BUKAN sekadar 'Dr'

    a. Ini sentimen. Ini sensitif. Kenapa belajar sampai PhD tapi selepas itu 'back to square one'.
    Belajar sampai PhD untuk MENDALAMI sesuatu bidang bagi tujuan ANTARANYA..
    1. Mengetahui asas dan selok belok penyelidikan
    2. Menjalankan penyelidikan sendirian atau berkumpulan atau membina rangkaian (network)
    3. Menjadi pensyarah / pengajar / pendidik yang menjalankan penyelidikan dan memberi bimbingan
    4. Menjadi penyelidik sepenuh masa
    5. Mendokong kesarjanaan dengan penulisan dan consultation dalam penyelidikan

    b. Jika berjaya mendapat PhD kelak, tetapi tidak terlibat dalam mana-mana di atas, sekadar menunjukkan title di hadapan nama, tentu ada yang tak kena.. apatah lagi memberikan jawapan 'saya dah lupa, dah lama dah buat PhD... ' atau 'saya tak tahu sbb dulu saya buat lain... ' atau 'itu bagilah pegawai-pegawai muda yang baru dapat PhD... ' atau masih bernostalgia 'masa saya buat PhD kat obersi dulu...'

    c. Sekadar satu pandangan. Selepas 3 tahun mendapat PhD, yang ditaja JPA dan HLP misalnya, perlu menunjukkan sesuatu 'hasil kesarjanaan' bagi memberikan nilai kepada tajaan ratusan ribu ringgit yang diberikan kepada anda, keluarga anda, anak-anak yang dibawa bersama hingga ke luar negara... dan 'bebanan kerja' yang ditanggung oleh mereka yang tidak berpeluang mendapat tajaan..

    d. Saya menyeru kepada rakan-rakan yang bakal mendapat PhD, mungkin situasi kerja anda tidak memungkinkan anda terlibat dalam penyelidikan secara langsung... lakukanlah inisiatif sendiri, kerana banyak juga geran penyelidikan yang ditawarkan oleh kerajaan dari masa ke semasa, sekurang-kurangnya buatlah walaupun sekadar penulisan 'ilmiah popular' semasa atau berkala, kerana penulisan memerlukan pembacaan dan analisis. Ramai yang tak ada PhD yang banyak menulis, anak-anak muda dengan pelbagai idea. Tak malu ke?

    e. Jangan nanti, alasan sibuk dan mungkin 'dah selesa', bukan jawapannya. Jika itulah alasannya, apa beza 'anda' dgn 'mereka' yg tiada PhD - anda serupa sahaja ! Semua orangpun sentiasa sibuk spt anda jua.

    f. Kepada yang ditaja pula, PhD bermakna anda perlu terus menyumbang 'kesarjanaan anda' kepada negara, bukan utk mendapat title bagi diri sendiri sahaja.

    g. Buat mantan supervisee ku.. anda adalah teladan utk yang lain... teruskan menulis, membuat kajian dan menjalankan konsultansi penyelidikan... dengan atau tanpa jawatan penyelidik !

    I love U all... salam ramadan...

    OT

    ReplyDelete