Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Mengatasi ketetapan

Wednesday, February 5, 2014

Diceritakan tentang seorang perempuan tua zaman Nabi Musa as. Hidup beratus tahun tanpa ada zuriat. Setiap kali bersua dengan Nabi Musa as., beliau tidak lupa meminta menyampaikan hajatnya kepada Allah supaya dikurniakan anak. Maka setiap kali mengadap Allah SWT., Nabi Musa as. menyampaikan hajat wanita tersebut. Allah SWT. Penentu segalanya memaklumkan kepada Nabi Musa bahawa telah tertulis bahawa perempuan tersebut tidak akan ada anak sehingga akhir hayatnya. Begitulah setiap kali mendapat khabar daripada Allah, Nabi Musa menyampaikan hal tersebut kepada wanita bahawa nasibnya adalah beliau tidak akan dapat anak sampai bila-bila. Namun beliau tidak berputus asa dan terus meminta Nabi Musa menyampaikan hajatnya tersebut.

Pada satu hari (selang beberapa tempoh masa), Nabi Musa as. terserempak dengan perempuan tua tersebut berjalan dengan 3 orang anak-anak kecil. Wanita tua tersebut secara berseloroh menyatakan bahawa Nabi Musa as. seorang pendusta. Beliau menjelaskan bahawa 3 orang budak kecil yang bersamanya adalah anaknya sedangkan Nabi Musa telah memaklumkan bahawa beliau tidak akan anak sehingga mati. Maka Nabi Musa kehairanan dan terus berjumpa Allah SWT. bagi menyelidiki peristiwa yang pelik ini.

Apabila Nabi Musa berjumpa dengan Allah SWT., beliau tidak dijelaskan jawapan kepada persoalan tersebut sebaliknya diperintahkan untuk pergi bersamanya sebilah pisau dan meminta sumbangan daging sendiri daripada umatnya. Beliau telah bertemu seorang demi seorang umatnya meminta sumbangan daging tetapi malangnya tiada siapa yang sanggup menyumbangkan daging pada jasad sendiri untuk Allah SWT.

Hinggalah akhirnya Nabi Musa as. bertemu dengan seorang tua dan menyatakan permintaan Allah SWT. untuk menyumbangkan daging maka tanpa berlengah lagi, orang tua tersebut telah memotong daging pada jasadnya menyerahkannya kepada Nabi Musa as. Nabi Musa as. terlalu gembira kerena telah dapat menyelesaikan satu permintaan Allah SWT. dan beliau segera menyerahkan daging tersebut kepadaNYA.

Apabila ditanya mengapa ketentuan untuk wanita tersebut bertukar, maka Allah SWT. memaklumkan bahawa daripada doa orang tua yang telah menyerahkan dagingnya untuk Allah, maka doanya dimakbulkan.

2 comments:

  1. Diceritakan dalam bayan semasa jhor halqah pulai 1 Feb 2014.

    ReplyDelete
  2. FADHILAH AIR BEKAS WUDHU
    (Ijazah untuk memiliki keturunan) ️Kata Abah Guru Sekumpul: "Kalau ada seorang Isteri yang belum mempunyai keturunan, suruh isteri tadi minum air bekas wudhu suaminya, Insya Allah cepat mempunyai keturunan. dan apabila ada seorang isteri yang berani kepada suaminya, sering marah kepada suaminya, suruh isteri itu minum air bekas wudhu, Insya Allah isteri itu akan bakti dan tho'at kepada suaminya ➡️Kata abah Haji (guru Zuhdi): "Berwudhu itu menggugurkan dosa. air bekas wudhu itu obat segala penyakit. jadi siapapun yang ada penyakit seperti sakit perut atau yang lainnya, minum air bekas wudhu kita itu, Insya Allah akan sembuh karena air bekas wudhu itu obat segala penyakit ➡️Kata abah (H.AbdurRahman): "Kata almarhum guru disekumpul "Air bekas wudhu seorang ibu insya Allah bisa menjadikan seorang anak menjadi cerdas. Kalau ada seorang anak yang nakal atau lambat faham dalam suatu pelajaran, suruh anak itu minum air bekas wudhu ibunya, Insya Allah anak itu jadi cerdas dan cepat faham dalam suatu pelajaran
    .
    Semoga kita bisa mengamalkannya. Mudah2an kita semua lantaran Rasulullah Saw, dosa2 kita semua diampuni oleh Allah SWT.
    Berkat Waliyullah, qobul segala hajat selamat dunia akhirat, mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan masuk surga bighoiri hisaab, terkumpul didalam surga bersama Rasulullah, Datu Kalampayan, alhm. Guru disekumpul dan semua para auliya Allah Aamiin
    .
    #KH.Muhammad Zaini bin Abdul Ghani (alhm Abah guru sekumpul)
    .
    .@habib_umar_lovers

    ReplyDelete