Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadiah tukang kayu

Saturday, February 8, 2014

Seorang tukang kayu akhirnya sampai ke masa persaraannya. Dia pun bertemu dengan pengurusnya untuk menyatakan hasratnya untuk pencen setelah umur makin lanjut. Pengurusnya membuat satu permintaan terakhir. Dia minta tukang kayu itu untuk membina satu rumah, tugasan terakhir beliau sebelum berhenti. Dengan rasa penuh malas dan tidak bersemangat, tukang kayu itupun buatlah rumah ... membuatnya dalam keadaan melepaskan batuk di tanggu. Janji siap.

Akhirnya setelah terbina rumah tersebut, si tukang kayupun bertemu dengan pengurus itu tadi. Dengan penuh kegembiraan, pengurus itu menyerahkan kunci rumah yang baru di bina itu sebagai hadiah kepada beliau yang telah bekerja sekian lama. Alangkah hampanya si tukang kayu itu tadi kerana menyedari rumah yang dibina - dibuat dalam keadaan sambil lewa. Rugilah beliau.

Dalam kehidupan pun begitu. Kita diberi peluang untuk membina rumah yang hebat di akhirat kelak dengan syarat kita beramal dengan amal yang ikhlas serta mengharapkan rahmat dari Allah swt. Tapi ramai yang hidup sambil lewa dan beramal pun sambil lewa lantas mengharapkan balasan yang baik dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment