Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Adab Jumaat

Friday, February 7, 2014

بسم الله الرحمن الرحيم

Di Antara Adab Jumaat: Memakai qamis (jubah) putih.
Berkata penyusun Riadhus Salihin:
باب استحباب القميص
Bab: Sunat Memakai qamis (jubah yg terbelah hingga dada sahaja, tak sampai bawah)

عَنْ أمِّ سَلَمَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ أَحَبُّ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صلى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ الْقَمِيصُ. 
رواه أبو داود والترمذي وقال : حديث حسن 

Daripada Ummi Salamah RA berkata: Adalah pakaian yang paling disukai oleh Rasulullah SAW ialah 'al-qamis'.

Warna pakaian kesukaan Rasulillah SAW.

عَن ابنِ عَبَّاسٍ رضي الله عنهُمَا أنَّ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ : الْبَسُوا مِن ثِيَابِكُمُ الْبَيَاضَ، فَإنَّهَا مِنْ خَيْرِ ثِيَابِكُمْ، وَكَفِّنُوا فِيْهَا مَوْتَاكُمْ. 
رواه أبو داود والترمذي وقال : حديث حسن صحيح. 

Daripada Ibni Abbas RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:
"Pakailah pakaian kamu yang berwarna putih. Sesungguhnya ia yang terbaik dari pakaian kamu, dan kafankanlah mayat di kalangan kamu dengan yang berwarna putih."
Hadis riwayat Abu Daud & At-Tirmizi (Hasan Sahih)

Tuan-tuan imam, dan kaum muslimin sekelian, pakailah jubah/pakaian putih pada hari Jumaat ini, khususnya ketika berkhutbah dan mengimami solat..

No comments:

Post a Comment