Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Tanda-Tanda Kematian Bagi Orang Islam

Wednesday, January 22, 2014

Shafiqolbu 7 years ago
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

sakaratul maut

Adapun tanda-tanda kematian bagi Orang Islam mengikut ulamak adalah benar dan sememangnya wujud. Cuma amalan dan ketakwaan sahaja yang akan membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.

Firman Allah سبحانه وتعالى:

ٱللَّهُ يَتَوَفَّى ٱلْأَنفُسَ حِينَ مَوْتِهَا وَٱلَّتِى لَمْ تَمُتْ فِى مَنَامِهَا ۖ فَيُمْسِكُ ٱلَّتِى قَضَىٰ عَلَيْهَا ٱلْمَوْتَ وَيُرْسِلُ ٱلْأُخْرَىٰٓ إِلَىٰٓ أَجَلٍۢ مُّسَمًّى ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ

“Allah memegang nyawa pada saat kematiannya dan nyawa yang belum mati ketika dia tidur. Dia tahan nyawa yang telah Dia tetapkan kematiannya dan Dia lepaskan nyawa yang lain sampai waktu yang ditetapkan. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran) Allah bagi kaum yang berfikir.” (Surah az-Zumar, ayat 42)

Rasulullah ﷺ diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada  keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratulmaut dari awal hinggalah akhirnya hayat Baginda.

Imam Ghazali rahimahullah diriwayatkan memperolehi tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya untuk menghadapi sakaratul maut secara sendirian. Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandi, wuduk serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.

Adapun riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya Allah سبحانه وتعالى tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya. Tanda-tanda yang diberikan adalah untuk menjadikan kita umat Islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah سبحانه وتعالى.

Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang Islam sahaja manakala orang-orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus di rentap tanpa sebarang peringatan sesuai dengan kekufuran mereka kepada Allah سبحانه وتعالى.

TANDA-TANDA KEMATIAN 

Menurut pandangan ulama’, berikut adalah tanda-tanda sebelum seseorang umat Islam itu dikeluarkan roh dari jasadnya:

Tanda 100 hari sebelum hari mati.

Ini adalah tanda pertama dari Allah سبحانه وتعالى kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakiNya. Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini Cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil dan rasanya sedap dan lega.

Bagi mereka yang sedar dan terdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah seseorang itu tersedar akan kehadirannya. Maka dengan kehadiran tanda inilah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan yang akan dibawa dan urusan yang bakal ditinggalkan selepas mati kelak.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Tanda 40 hari sebelum hari mati.

Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat seseorang itu akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun di Arasy yang tertulis nama orang yang akan mati akan gugur dari pokoknya. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaan ke atasnya, antaranya ialah dengan mula mengikuti orang tersebut sepanjang masa, sehingga saat kematiannya.

Malaikat maut akan memperlihatkan wajahnya sepintas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan terasa seakan-akan kebingungan seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya Cuma satu tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati.

Menurut sebahagian pandangan ulama’; Dalam tempoh ini akan berlaku sesuatu yang luar biasa seperti melakukan sesuatu yang pelik dan mereka yang diuji dengan musibah penyakit akan mengidam sesuatu atau selera makannya bertambah secara tiba-tiba.

Tanda 5 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini akan terasa anak lidah bergerak-gerak. Jika tanda terjadi, maka banyakkanlah membaca Al-Quran dan berzikir supaya dapat melafazkan kalimah syahadah dan memudahkan sakaratul-maut.

Tanda 3 hari sebelum hari mati.

Pada ketika ini bahagian tengah dahi akan akan terasa berdenyut dan bergerak-gerak.Sekiranya seseorang itu sakit tenat, tiba-tiba kelihatan bertambah sihat yang menggembirakan orang di sekelilingnya seperti dia boleh makan dan berkata-kata semula, maka ajalnya mungkin telah hampir.

Tanda 2 hari sebelum hari mati.

Pada masa ini, biasanya seseorang itu akan dapat melihat dan bertemu dengan roh orang yang telah meninggal dunia, terutama roh orang yang mereka sayangi.

Di samping itu, seluruh bahagian dahi akan akan rasa berdenyut dan bergerak-gerak. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah supaya perut tidak dipenuhi najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit, hidungnya akan beransur jatuh, ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari sebelum hari mati.

Seseorang itu akan berasa denyutan di kawasan ubun-ubun yang berlaku selepas waktu Asar, di mana ini menandakan tidak akan sempat lagi untuk menemui waktu Asar  hari berikutnya.

Rasulullah ﷺ ketika menghadapi sakaratul-maut, Baginda mencelupkan jari ke dalam gelas berisi air berhampiran Baginda lalu diusapkan ke wajah sambil berdoa:

doa nazak

Tanda akhir.

Seseorang itu akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang hingga ke tulang sulbi (di bahagian belakang badan) dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan dan jemputan malaikat maut untuk kembali kepada Allah سبحانه وتعالى Yang Maha Menghidupkan dan Maha Mematikan.

Rasulullah ﷺbersabda: “Janganlah seseorang itu meninggal dunia, melainkan dalam keadaan berbaik sangka terhadap Allah سبحانه وتعالى.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesimpulan Tanda Mati

Bertaqwa dan berdoalah kepada Allah سبحانه وتعالى semoga kita adalah di antara orang-orang yang yang dipilih oleh Allah سبحانه وتعالى untuk diberi kesedaran dan kepekaan terhadap tanda-tanda mati ini. Supaya kita dapat membuat persiapan terakhir dalam usaha memohon keampunan dari Allah سبحانه وتعالى mahupun dari sesama manusia dari segala dosa dan urusan hutang piutang.

Rasulullahﷺ bersabda: “Orang yang paling bijaksana dan paling teliti di antara kamu adalah orang yang sering mengingati mati dan yang paling banyak mengadakan persiapan untuk mati. Merekalah yang bijaksana dan berhasil mencapai kehormatan di dunia dan di akhirat.” (Hadis riwayat Thabrani r.a.)

Walaubagaimanapun sesuai dengan sifat Allah سبحانه وتعالى yang Maha Berkuasa, Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, maka diriwayatkan bahawa tarikh mati seseorang itu masih boleh diubah dengan amalan doa iaitu samada doa dari kita sendiri ataupun doa dari orang lain.

Namun ianya adalah ketentuan Allah سبحانه وتعالى semata-mata. Oleh itu hendaklah kita bersama-sama berusaha dan berdoa semoga diberi hidayah dan petunjuk oleh Allahسبحانه وتعالى, kelapangan masa, kesihatan tubuh badan dan juga fikiran dalam usaha kita untuk mencari keredhaan Allah سبحانه وتعالى samada di dunia mahupun akhirat.

Apa yang baik dan benar itu datangnya dari Allah سبحانه وتعالى dan apa yang salah dan silap itu adalah dari kelemahan manusia itu sendiri.

والله أعلم بالصواب

Wallahu A’lam Bish Shawab

 (Hanya Allah Maha Mengetahui apa yang benar)

وَالسَّلاَمْ

Sumber > shafiqolbu

13 comments:

  1. أنا لله وانا اليه راجعون

    Mendapat khabar berita dari Toronto bahawa Shaykh Muhammad Kabir Touray al-Tijani telah kembali ke-Rahmatullah pada 8 Mei 2020 bersamaan 15 Ramadhan 1441H, beliau yang berasal dari gambia juga merupakan salah satu ulama yang bertanggungjawab berdakwah dalam menyebarkan thoriqah tijaniah kepada muslim diseluruh dunia. Semoga diampuni segala dosa dan dihimpunkan sekali bersama-sama orang yang beriman lagi solihin seterusnya diangkat ke Syurga tertinggi inshaAllah. Ameenn..
    Al-Fatehah.

    اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله داراً خيراً من داره وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من أزواجه وأدخله الجنة
    البقاء لله وحده
    الفاتحة

    Maklumat penuh;

    Shaykh Muhammad Kabir Touray al-Tijani has passed away in Toronto, He was a true lover of Rasulullah [salla Allah 'alayhi wa sallam] and would frequently see the Prophet ﷺ in his dreams.

    He was of Gambian origin. Local to the IMO mosque in Rexdale, always dressed in beautiful West African robes, rarely would you find him outside of dhikr (always in a state of divine remembrance). There are many stories that could be recounted of the Shaykh, his sanctity, his spiritual charisma, his karamat (miraculous gifts), his visions, and most importantly, the intense love of the path, of the Prophet ﷺ and of Allah that he would set ablaze in your heart when you came into his presence.

    An immense tragic loss for the (Toronto) Muslim community. If you have time, please recite a prayer, a Fatiha, or Surah Yasin for his soul.

    ReplyDelete
  2. انا لله وانا اليه راجعون

    Telah kembali ke-Rahmatullah Shaykh Sayyid Muhammad Eid al-Yaqub al-Hussayni al-Naqshbandi al-Shaami pada 7 Mei 2020 bersamaan 14 Ramadhan 1441H, Syeikh merupakan seorang Ulama yang berasal dari Syria telah meninggal ketika dalam perjalanan dakwah untuk solat Asar di Dubai, UAE. Semoga amal beliau diterima dan ditempatkan bersama-sama orang beriman seterusnya dimasukkan ke Syurga tertinggi inshaAllah. Ameen ya rabbal 'alamin.
    Bissiril Fatehah.

    اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله وأغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الخطايا كما ينقى الثوب الأبيض من الدنس وأبدله داراً خيراً من داره وأهلاً خيراً من أهله وزوجاً خيراً من أزواجه وأدخله الجنة
    البقاء لله وحده
    الفاتحة

    Shaykh Sayyid Muhammad Eid al-Yaqub al-Hussayni al-Naqshbandi al-Shaami has passed away whilst on his way to pray Asr in Dubai.

    Maklumat penuh;

    تلقينا بحزن شديد وأسى عميق نبأ وفاة العارف بالله تعالى العلامة المجاهد الشيخ محمد عيد بن عبد الله يعقوب الحسيني رحمه الله تعالى. وهو أحد أعلام التصوف والدعوة والعلم والسنة في بلاد الشام والخليج العربي. كان رحمه الله تعالى رجلا كألف رجل بل أمة في رجل في همته ونشاطه وجهاده ودعوته وجرأته وأثره. عرفناه رحمه الله منذ خمسين عاما عالما مرشدا خطيبا مصقعا آمرا بالمعروف ناهيا عن المنكر، ولم يزده السفر والتغرب وكر الأيام ومرور الأعوام إلا جِلاء ونقاء وصفاء وعطاء، فكان كالغيث حيثما حل نفع، فهدى الله تعالى على يديه خلقا كثيرا.

    وكلنا أمل في أن يحمل أبناؤه الفضلاء وتلاميذه النجباء هذه الراية في العلم والتصوف والسيرة الحسنة ليواصلوا السير على هذا الطريق طريق أهل الله طريق الذكر والمجاهدة والدعوة إلى الله بتهذيب النفوس وإرشاد الخلق.

    نسأل الله تعالى أن يتغمد الفقيد بالرحمة والرضوان وأن ينزل على قبره شآبيب العفو والغفران.

    ومنا لأبنائه وتلاميذه أصدق التعازي والسلوان، أعظم الله أجركم وأحسن عزاءكم وجبر مصابكم.
    خادم العلم الشريف
    محمد أبو الهدى اليعقوبي

    இன்னாலில்லாஹி வஇன்னா இலைஹி ராஜிஊன்

    ஷெய்க் அஸ்ஸெய்யித் முஹம்மது ஈத் அல் யாக்கூப் அல் ஹுஸைனி அல் நக்‌ஷபந்தி வஷ் ஷாமி அன்னவர்கள் இன்று அஸர் நேரம் துபாயில் வஃபாத்தானார்கள்
    நல்ல ஒரு மஹான்.
    ஒவ்வொறு நாளும் துபாயில் குர்ஆன் ஹதீது ஃபிக்ஹ் ( மார்க்க சட்டங்கள்)
    நடைபெறும் அதே போல் ஒவ்வொறு வாரம் வெள்ளிக்கிழமை இரவு புர்தா ஷரீஃபும் நடத்துவார்கள்.

    அல்லாஹ் அன்னாரின் கபுரை வெளிச்சமாக்குவானாக!
    அன்னாரைக் கொண்டு நம் வாழ்வையும் நிறைவாக்குவானாக! ஆமீன்

    ReplyDelete
  3. Zul Mainoe
    16 hrs ·
    Bila kita mati, tiada lagi org ziarahi.
    Bahkan, selepas beberapa ketika anak & isteri akan kembali ceria spt biasa.......
    Inilah di antara tulisan terbaik Syekh Ali Thanthawi Mesir Rahimahullah:
    Pada saat engkau mati, janganlah kau bersedih. Jangan pedulikan jasadmu yang sudah mulai layu, kerana kaum muslimin akan menguruskan jasadmu. Mereka akan melucutkan pakaianmu, memandikanmu dan mengkafanmu lalu membawamu ke tempatmu yang baru, KUBURAN.
    Akan ramai orang yang menghantarkan jenazahmu bahkan mereka akan meninggalkan pekerjaannya untuk ikut menguburkanmu. Dan mungkin banyak yang sudah tidak lagi memikirkan nasihatmu pada suatu hari.....
    Barang barangmu akan dikemas, kitab , kasut dan pakaianmu. Jika keluargamu setuju barang2 itu akan disedekahkan agar bermanfaat untukmu.
    Yakinlah; dunia dan alam semesta tidak akan bersedih dgn kepergianmu. Ekonomi akan tetap berlangsung! Posisi pekerjaanmu akan diisi orang lain. Hartamu menjadi harta halal bagi ahli warismu. Sedangkan kamu yg akan dihisab dan DIPERHITUNGKAN untuk yang kecil dan yang besar dari hartamu!
    Kesedihan atasmu ada 3;
    Orang yg mengenalmu sekilas akan mengatakan, kasihan. Kawan2mu akan bersedih beberapa jam atau beberapa hari lalu mereka kembali seperti sediakala dan tertawa tawa! Di rumah ada kesedihan yang mendalam! Keluargamu akan bersedih seminggu dua minggu, sebulan dua bulan, dan mungkin hingga setahun?? Selanjutnya mereka meletakkanmu dalam arkib kenangan....
    Demikianlah "Kisahmu telah berakhir di tengah2 manusia". Dan kisahmu yang sesungguhnya baru dimulai, AKHIRAT!! Telah musnah kemuliaan, harta, kesihatan, dan anak. Telah engkau tinggalkan rumah, istana dan isteri tercinta. Kini hidup yg sesungguhnya telah dimulai.
    Pertanyaannya adalah:
    Apa persiapanmu untuk kuburmu dan Akhiratmu??
    Hakikat ini memerlukan renungan.
    Usahakan dengan sungguh2;
    Menjalankan kewajiban kewajiban, hal-hal yg disunnahkan, sedekah rahsia, merahsiakan amal soleh, solat malam, Semoga engkau selamat.
    Andai engkau mengingatkan manusia dengan tulisan ini in sha Allah pengaruhnya akan engkau temui dalam timbangan kebaikanmu pada hari Kiamat. "Berilah peringatan, kerana peringatan itu bermanfaat bagi orang orang mukmin"
    AllahuRabbi... Kubur itu semakin dekat untuk didiami!

    ReplyDelete
  4. MENINGGAL MALAM JUMAAT

    Terdapat hadith yg menyebutkan mengenai kelebihan org mukmin yg meninggal pada mlm Jumaat. Hadith tersebut ialah:

    مَن ماتَ يومَ الجُمعةِ أو ليلةَ الجمعةِ وُقِيَ فِتنةَ القبرِ

    Maksudnya: Sesiapa (di kalangan org Islam) yg meninggal pada hari atau malam Jumaat, maka ia terhindar daripada fitnah kubur.

    Terhindar dari fitnah kubur bermaksud Allah memeliharanya dari azab kubur dan soal kubur. Org mukmin yg meninggal pada malam Jumaat juga merupakan tanda husn al-khatimah yg Allah kurniakan kpdnya.

    Semoga Allah سبحانه وتعالى mengurniakan kepada kita kematian yg baik dan terselamat dari fitnah kubur.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  5. انا لله وانا اليه راجعون

    Semalam ahbab dakwah Jemaah Tabligh di Kuwait dan di seluruh dunia telah dikejutkan dengan berita kematian seorang pendakwah yang ikhlas lagi alim al-Syaikh Rashid al-Haqqan رحمه الله. Beliau ini ialah Amir Jemaah Tabligh bagi negara Kuwait yang juga secara peribadi sempat bersama mempelajari dan membai’ah usul dan tertib dakwah dari Hadrat Ji (Amir Jemaah Tabligh Dunia ke - 2) iaitu Maulana Muhammad Yusuf al-Kandhalawi رحمه الله.

    Beliau meninggal dunia ketika berusia 87 tahun setelah mewakafkan diri beliau untuk kerja dakwah hampir 50 tahun. Sumbangan beliau amatlah besar khususnya kepada perkembangan usaha dakwah Jemaah Tabligh dalam kalangan masyarakat arab di Kuwait dan seluruh jazirah arab.

    Satu kehilangan yang cukup besar kepada dunia dakwah. Seorang Amir yang mempunyai qudwah hasanah yang tinggi. Tidak terhimpun dalam diri beliau melainkan sifat kerendahan hati, penyayang dan segala kebaikan yang lain. Benarlah dunia ini sudah terlalu tua buat kita semua!😭

    رحمه الله تعالى وغفر له واسكنه فسيح جناته وجعل ماقدمه في ميزان حسناته

    https://www.alanba.com.kw/ar/kuwait-news/969348/21-05-2020-أبو-الدعوة-والتبليغ-راشد-الحقان-ذمة-الله/

    ReplyDelete
  6. السلام عليكم
    انا لله و انا اليه راجعون

    Dapat perkhabaran duka malam ini guru al Quran dan dakwah ku Ust Dahlan bin Abd Salam meningal dunia kerana di langgar kereta ketika pulang berjalan kaki selepas mengimami solat magrib di surau berhampiran rumah nya..

    Beliau merupakan seorang yg begitu semangat
    Dlm dakwah.. sepanjang ana khuruj Dgn beliau setiap kali Lps mesyuarat harian Lps subuh trs
    Dia akan tarik tangan siapa yg duduk sebelah beliau untuk keluar khususi

    Walaupun dlm keadaan beliau mengalami rabun yg teruk.. ( Mungkin org yg pertama kali berjumpa akan menyangka beliau buta atau X nampak apa2 sebab jalan perlu di tuntun tangan) al fadhil ustaz masih nak juga jumpa org dakwah kebesaran Allah..

    Dulu kami pernah sama2 khuruj 40 hari bersama Dr. Muhammad Huzaifah Mohd Roslim di Beaufort, Sabah tahun 2012

    teringat bagaimana satu masjid di satu tempat dh beberapa tahun jemaah di Beaufort x boleh keluar Di tempat tu..

    Saya Dan beliau kami sama2 pergi khususi pengerusi masjid.. Jumpa dan rayu pengerusi Alhamdulillah berkat drp risau beliau sampai skrng masjid tersebut terima untuk jemaah tabligh keluar buat usaha di situ..
    Siap org masjid bgtau '' 40 Hari trs duduk la masjid ni.. "

    أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتُ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

    ReplyDelete
  7. Dapat berita dari Bumi Tarim yang amat menyedihkan. Pemergian salah seorang dari guruku. Semoga beliau ditempatkan bersama Moyang Beliau Baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم

    البقاء لله
    انتقل إلى رحمة الله تعالى الإمام العارف بالله العلامة الداعية الفقيه النسابة المفتي السيد الحبيب علي المشهور بن محمد بن سالم بن حفيظ ابن الشيخ أبي بكر بن سالم.
    Telah kembali ke rahmat Allah
    AL-IMAM AL-ARIF BILLAH ALALLAMAH AD-DA'IYAH AL-FAQIH AN-NASSABAH AL-MUFTI AS-SAYYID AL-HABIB ALI MASYHUR BIN MUHAMMAD BIN SALIM BIN HAFIDZ BIN SYEKH ABUBAKAR BIN SALIM

    إنا لله وإنا إليه راجعون
    إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ ..

    اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّهِ مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ
    😭😭😭😭

    Maka menangislah seluruh penduduk langit dan bumi kerana tiada lagi amalan org soleh ini yg merentasinya sprti hari2 yg lalu..

    ReplyDelete
  8. Khabar Duka... Ya Rabb 😢😢😭

    انا لله وانا اليه راجعون
    لاحول ولا قوة الا بالله العلي العظيم

    إنتقل إلى رحمة الله تعالى الإمام العارف بالله العلامة الداعية الفقيه النسابة المفتي السيد الحبيب علي المشهور بن محمد بن سالم بن حفيظ ابن الشيخ أبي بكر بن سالم...

    Telah meninggal dunia kembali kepada Pencipta, Guru Mulia Al-Allamah Al-Habib Ali Masyhur ben Muhammad ben Salim ben Hafidz ibnu Syeikh Abu Bakr ben Salim, Mufti Tareem, Yaman. Yaitu abang kepada Guru Mulia Habib Umar ben Hafidz.

    ReplyDelete
  9. إنالله وإنا إليه راجعون
    اللهم اغفرله وارحمه وعافه واعف عنه
    واكرم نزله ووسع مدخله واغسله بالماء والثلج والبرد ونقه من الذنوب والخطايا كما ينقى الثوب الابيض من الدنس، اللهم جازه بحسناته إحسانا وبسيئاته عفوا وغفرانا وعامله بما أنت أهل له واجعل قبره روضة من رياض الجنة،يارب العالمين

    Kematian akan dtg kepada siapa sahaja, samada kita bersedia menerimanya ataupun tidak..Allahuakbar.. Mendapat Berita Sedih sebentar tadi.. Telah pergi buat selamanya salah seorang Guru kami Hazrat Kiyai Tcicep Firdaus.. Barisan Pimpinan Syura Dakwah Lama dan Juga Faisala Amir Dakwah Negara Indonesia... Allahuakbar... Beliau merupakan pimpinan di Masjid Markaz Dakwah Indonesia Kebun Jeruk Jakarta..

    Alhamdulillah.. Sy yg hina ini pernah mendapat beberapa kali peluang khidmat beliau ketika beliau dtg ke Bumi Madinah waktu sy belajar di sana dulu..sy khidmat beliau naik kereta sy, bawa beliau ke rumah sheikh² arab di sana untuk memenuhi jemputan masyaikh di sana.. Ada beberapa rumah yg meminta beliau menyampaikan Bayan.. MasyAllah.. Peluang duduk dalam kereta dgn beliau itulah yg sy ambil untuk brsuhbah dgn beliau.. Allahuakbar..

    Beliau pernah beritahu saya.. Jemaah beliau keluar Dakwah ke Bumi India seramai 5 orang.. Pada Tahun 1965..semua nya telah meninggal dunia, yg tinggal hnya beliau.. Allahuakbar.. Bayan², ceramah² dan Kata² nasihat beliau sgt mnginspirasi diri ini... Tahun 2013 kamj keluar dakwah ke Indonesia dan sekali lg dpt brtemu beliau di Masjid Markaz Dakwah Negara Indonesia di Kebun Jerok.. Seorang yg sgt tawadhu dan sgt tak suka bergambar...

    Pernah sy khidmat beliau bawa ke muzium sejarah Madinah Abdul Aziz Kaaki.. Sy khidmat tolak whellchair nya. . Bayangkan,Boss besar muzium turun dan arahkan semua staff turun, dan boss muzium tu ckp kt sy.. Mhn sampaikan hasrat kami kami untuk bergambar dgn beliau.. Setelah sy beritahu, pak Kiyai Tcecep Firdaus, diam je.. Semua staff berkumpul, bergambar..

    Ketika gambar di snap.. Beliau pusing ke tempat lain .. Sepanjang sy duduk Madinah,berpuluh² ulama sy pernah berpeluang khidmat bawa ke muzium tu tp itulah kali prtama yg sy jumpa, boss muzium turun dari pjbt dan minta semua staff turun brkumpul semata² nk ambil gambar dgn seorang yg bukan arab bahkan dari nusantara..MasyAllah.. Kata pegawai muzium tu, sy merasakan sesuatu yg lain apabila melihat beliau.. Adakah beliau sheikh? Sy bgtahu beliau ialah amir Dakwah Negara Indonesia.. Allahuakbar..

    Masa kami mula² berkahwin di Madinah, masa tu tak punya anak lg.. Sy minta beliau doakan agar kami punya cahaya mata, terus dlm masjid Nabawi tu juga beliau angkat Tangan.. Allahuakbar.. Doakan terus.. Byk lg kenangan sy dgn beliau yg cukup lah ianya sy simpan sbgai motivasi diri...

    Semoga Allah merahmati Guru kami.. Beliau telah mghabiskan seluruh hidupnya untuk kerja dakwah dan telah sampai hampir 2/3 dunia.. Dalam usia dan keadaan begitu uzur. Beliau kerap kali ke Amerika Latin untuk berdakwah di pedalaman di sana selain di dalam Indonesia...

    Semoga kematian mnjadikan kerehatan buatmu wahai Pak Tcecep Firdaus... Allah lebih menyayangi mu.. Pernah dalam kereta semasa di Madinah, beliau bercerita, Semasa hayat Guru kami Almarhum Kiyai Uzairon Thaifur Abdillah rah, kiyai Uzairon di jadikan rujukan oleh Pak Tcecep Firdaus dalam apa² yg ingin beliau sampai dalam bayan.. MasyAllah..

    Al-Fatihah...

    Us khann Daie
    Muhajir Madani

    Kenangan bayan beliau yg sgt menyentuh hati
    https://youtu.be/tCu-Br7iMW0

    ReplyDelete
  10. 80 lebih ulamak yang sempat di senaraikan pada bulan Ramadhan telah meninggal dunia (mungkin ramai lagi),

    Asatizah² mula kebingungan dengan netizen yang punya pelbagai pendapat sendiri sehingga terkeluar dari landasan disiplin ilmu,

    Orang² muda bertaqwa pula mula ramai berhijrah menjauhi Metropolis,

    Netizen sudah pekat di acu dengan sistem kuku besi, menerima penipuan dan tipudaya tanpa segan berkali-kali, sehingga terlupa kegemilangan zaman emas sistem turath dan politik nubuwwah terdahulu,

    Seruan telah dibuat, dakwah telah disampaikan dengan lemah lembut dan adakalanya bertegas, Guru/Mursyid Rohani tidak lagi juga dipedulikan,

    Ingatlah, sekiranya kehidupan kita hanyalah untuk bercucuk tanam, berniaga, bekerja, punya kenderaan, punya rumah kediaman, bergembira dengan keluarga, punya zuriat dan keturunan, akhirnya tua dimamah usia dan meninggal. Maka ia tidaklah ubah seperti kehidupan bani Israel suatu ketika dahulu,

    Sehinggalah Agama datang, dan 2/3 dunia ini pernah berada di bawah keberadaan jajahan Empayar Islam yang ulung keamanannya,

    Di antara waktu² emas itu, para Anbiya' khususnya Junjungan Mulia Tercinta Nabi Muhammad ﷺ disusahkan, dihina, dimaki caci, dihujan batu sehingga berdarah, dinajisi, dengan penuh tangisan fikir risau umat hanyalah kerana untuk menjadi pengajaran kepada 124 ribu lebih kurang para Sahabat r.anhum (yang bukan Nabi) untuk mencontohi setiap inci yang sama dari jasad rohani mulia yang penuh berkat Baginda ﷺ,

    Wahai kalian sahabat-sahabatku,

    Agama ini bukanlah sekadar rutin harian yang ringan sahaja. Adakah Anbiya' dan sahabah r.anhum disusahkan dikorbankan seluruh kehidupan mereka sebegini hanya untuk diteladani Agama sebagai rutin harian yang ringan sahaja?

    Agama ini bukanlah setitik dari air lautan,
    Bahkan lebih dari 7 luas lautan,
    Agama ini ialah Cinta dan Perjuangan 🌹

    ReplyDelete
  11. AlFatihah buat mereka semua..🤲

    Ulama Seluruh Dunia (yang sempat direkod) yang telah pergi meninggalkan kita dalam bulan Ramadhan & Syawal 1441H/2020.

    1. Sayyid Samar Ibn al-Sayyid Salim al-Jaylani
    2. Sayyid Habib Muhammad al-Idrus
    3. Sayyid Alawi bin Ahmad Hafiz
    4. Sayyid Habib Abd al-Hayy bin Ali al-Saqqaf
    5. Sayyid Habib Hussayn bin Ahmad al-Attas
    6. Sayyid Habib Hussayn bin Abdallah al-Hassani
    7. Sayyid Habib Hud al-Haddad
    8. Sayyid Habib Abdal Qadir bin Attas
    9. Sayyid Habib Abdullah bin Muhammad al-Attas
    10. Sayyid Habib Ali bin Salih al-Attas
    11. Sayyid Habib Abdullah bin Hadi al-Saqqaf
    12. Sayyid Habib Abdal Qadir al-Saqqaf Indonesia
    13. Sayyid Habib Abu Bakr al-Mihdhar
    14. Sayyid Habib Ali Kombo
    15. Sayyid Habib Ahmad bin Zayn al-Kaff
    16. Sayyid Habib Muhammad bin Ahmad al-Attas
    17. Sayyid Habib Muhsin Idrus bin Abdallah al-Hamid
    18. Sayyid Muhammad Shaykh bin Abi Kasim al-Jazairi
    19. Shaykh Sayyid Ali Humam al-Hussayni al-Halabi
    20. Shaykh Sayyid Abdullah Muhammadou al-Rabbani
    21. Sayyid Habib Abdallah bin Alawi bin Shihab al-Din al-Yemeni
    22. Shaykh Sayyid Muhammad Eid Yaqub
    23. Shaykh Sayyid Ismail al-Rifai
    24. Sayyidah Aapa Ji, the mother of Shaykh Sayyid Munawar Husayn Jamati
    25. Sayyidah Sidah al-Aydarus
    26. Shaykh Sayyid Ahmad al-Tayyib ibn Shaykh Fatih Qaribullah al-Sudani
    27. Shaykha Hafsa bint Sayyid Abdal Aziz Shaykh Hamad al-Hayani
    28. Hajjah Majeda Khalifah
    29. Shaykh Hassan Ahmad Awad al-Sudani
    30. Shaykh Ömer Döngeloğlu
    31. Shaykh Bustami Muhammad Khir
    32. Shaykh Umar Faruq Bangladesh
    33. Shaykh Mohammad Tablawi
    34. Shaykh Muhammad Kabir Touray al-Tijani
    35. Shaykh Salim Joseph al-Tijani
    36. Shaykh Ismail bin Kamus
    37. Shaykh Marwanuddin Indonesia
    38. Shaykh Mubarak Samudi
    39. Shaykh Badrul Hisham Abu Mansur
    40. Shaykh Zuhdi Nur
    41. Shaykh Khusnan Mashhur
    42. Shaykh Omar al-Ma’ruf Ali
    43. Shaykh Husni Zam Zam
    44. Shaykh Luqman Hakim
    45. Shaykh Mahfuz Harim
    46. Shaykh Jamaluddin Abdullah
    47. Shaykh Muhammad Rashidi bin Tuan
    48. Shaykh Muhammad Ali Seflek
    49. Shaykh Ahmad al-Khormi al-Rifai
    50. Shaykh Khalil bin Abdallah
    51. Shaykh Sulaiman bin Imran
    52. Shaykh Hussayn Ishaq al-Kulkhi
    53. Shaykh Sa’id Dabwan
    54. Shaykh Mulla Yusuf Yaqub al-Shafi’
    55. Shaykh İsa Amca
    56. Shaykh Haji Musa Bayraktar
    57. Shaykh Abu Bakr Fofana al-Qadiri
    58. Shaykh Dr. Asim Hamdan al-Madani
    59. Shaykh Ahmad Abbasi
    60. Shaykh Abdal Rahman bin Muhammad Fathoni
    61. Shaykh Saleh bin Abdullah Kamil
    62. Shaykh Amin Khalil Yasin
    63. Shaykh Saleh Bashir Hajji al-Marai al-Halabi al-Shafi’
    64. Shaykh Muhammad al-Qadiri al-Kayseri
    65. Shaykh Rashid Haqqan
    66. Shaykh Dr. Salah Ali Youssef Ali al-Sudani
    67. Shaykh Abdal Rahman ibn Shaykh Muhiidin Eli
    68. Shaykh Moeen ul Haq Aleemi
    69. Shaykh Abul Khayr Muhammad Abdullah Jan al-Naqshbandi
    70. Shaykh Mubarak Shaykh al-Amin al-Sudani
    71. Shaykh Mohammed Ali Merei
    72. Shaykh Hajj Ahmad Radhi al-Misri
    73. Shaykh Hajj Abdul Qadir Shuqair al-Damishqi
    74. Shaykh Haji Shamsul Hadi Abdan
    75. Shaykh Hajj Suleiman Lababidi
    76. Shaykh Haji Ahmad Supian
    77. The Majdhub, Sidi Abd al-Qadir Umar al-Iraqi
    78. Shaykh al-Munshidin, Sidi Sahbi Gouider
    79. Shaykh Muhammad Awlu Sayyid Qodri Turki
    80. Shaykh Fathi Halwani Madinah
    81. Habib Ali almasyhur bin Muhammad bin hafidz رحمه الله grand mufti Tarim ..
    82. Syeikh Muhammad Ali Yahya Muree
    83. Maulana Haji Cecep Firdaus Majlis Dakwah Syuro Indonesia
    84. Habib Mustafa bin Ahmad Al-alaydrus bin Smith (Tarem)

    HANYA DALAM MASA DUA BULAN ALLAH AMBIL BEGITU BANYAK ULAMA DARI KITA...MASANYA SEMAKIN HAMPIR SEPERTI DI TUTUP DENGAN SEHELAI TISU...HASBUNNALLAH WANI'MAL WAKIL

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum semua, mendapat berita sedih.. Bagi yg MENGENALI HAZRAT SHEIKHUL HADIS MAULANA MUHAMMAD BIN ABDUL QODIR AN-NADWI AL-QADAHI.. antara Ulama Terawal Malaysia Murid Hazrat Almarhum Sheikhul Arab Wal Ajam Maulana Abu Hasan Ali An-Nadwi dan Ulama Terawal di Malaysia yg keluar Dakwah 1 tahun di Jalan Allah yg juga selaku Mudir Madrasah Darul Ulum ihya ulumuddin Langgar Kedah..

    Mohon semua Bacakan Yasin dan Doakan kesejahteraan yg terbaik buat beliau yg kini sedang dalam keadaan tenat.. Semoga beliau sentiasa dalam rahmat Allah selalu dan dipermudahkan segala urusan.😭.. Anak² murid nya yg menjadi Hafiz Quran dan Alim beratus-ratus orang berada di seluruh Malaysia kini berkhidmat untuk Umat...

    ReplyDelete
  13. Lagi dan lagi Bumi Tarim kota 1000 wali kehilangan sang permata😭😭😭

    Langit kembali terus berduka

    Yg kering belum lagi segar, kini semakin layu💔😭

    ‎إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

    Dengan penuh dukacita dimaklumkan bahwa Syed Ibrahim bin Ahmad ALkaff (Tareem) telah pulang kembali ke Rahmatullah baru ini di Tareem Hadramout.

    Semoga roh nya di tempat Kan bersama para ambiah dan Solihin.
    Al Fatihah🤲🏻
    ‌‌‎اللهم اغفر له وارحمه وعافه واعف عنه وأكرم نزله ووسع مدخله و أغسله بالماء والثلج والبرد وأدخله الجنة وأعذه من عذاب القبر و فتنته و من عذاب النار

    ReplyDelete