Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

KEPENTINGAN DAKWAH

Thursday, January 9, 2014

Syeikh Maulana Saad Al Kandhlawi pernah ditanya oleh seseorang: “Syeikh, anda telah berkeliling dunia meninggalkan anak dan isteri, menghilangkan hak-hak mereka, bagaimana anda mempertanggungjawabkannya nanti?” Syeikh Maulana Saad menjawab: “Itu benar, anak dan isteri saya telah terkurangi hak-haknya, tapi dengan berkelilingnya saya, banyak laki-laki yang faham akan agama, dengan fahamnya mereka terhadap agama, maka hak-hak anak dan isteri mereka akan dipenuhi, berapa banyak keluarga yang akan dipenuhi hak-haknya oleh suami-suami mereka." Dari Abu Umamah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
"Tiga manusia adalah merupakan tanggungan Allah SWT jika mereka hidup, mereka akan diberi rezeki dan akan dibantu dalam pekerjaan yang mereka lakukan. Dan jika mereka meninggal dunia maka Allah SWT akan memasukkan mereka ke dalam syurga. 1. orang yang masuk kerumahnya lantas memberi salam 2. kedua orang yang pergi ke masjid 3. orang yang keluar dijalan Allah SWT."
(HR Ibn Hibban)

2 comments: