Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

CINTA ALLAH

Tuesday, January 7, 2014

Cinta yang sebenar adalah CINTA yang dilandaskan kepada syari'at. Wujudkan CINTA berlandaskan syari'at melalui perkahwinan yang dilandaskan kepada sunnah Rasulullah SAW. Dari percintaan inilah suami isteri hendaklah sama2 berusaha memupuk CINTA kepada Allah dengan sama2 berjuang demi agama Allah. Sehingga sampai ke tahap berhasilnya CINTA ALLAH. Di saat itu maka suami isteri akan menjadi PENCINTA ALLAH yang mana demi kerana Allah mereka suami isteri akan sanggup buat apa sahaja. Apabila terpaksa tinggalkan isteri demi menyempurnakan perintah Allah maka suami akan sanggup meninggalkan isterinya dan isteri sanggup berpisah dengan suaminya. Inilah yang dikatakan cinta kerana Allah. Tapi CINTA seperti ini akan datang selepas menyempurnakan syariat yang dibawa oleh Muhammad SAW. Ada sesetengah manusia berfikir, harus mendapatkan CINTA ALLAH terlebih dahulu barulah layak mendapat cinta sejati. Jadi apekah xlayak seseorang mengikat ikatan perkahwinan kerana belum mendapatkan CINTA Allah?? Ini adalah suatu pemikiran yang salah. Seharusnya menyempurnakan dulu apa yang disyariatkn dan dari situ sama2 berusaha mendapatkan CINTA ALLAH. Ya Allah..anugerahkanlah kami CINTAMU...

No comments:

Post a Comment