..namun bukan semua guru memberi cahaya..istikharah pada Allah dalam memilih guru dan kenali guru sebaiknya sebelum menadah ilmunya.
Imam Malik & Ibn Sirin berkata : Ilmu itu sepenting agama justeru, telitilah dari siapa kamu ambil agamamu.
إن هذا العلم دين فانظروا عمن تأخذونه
Tak Dak Istilah "Bekas Guru"
ReplyDeletePernah suatu ketika dulu, sewaktu kami berbual² dengan Guru Mulia Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Māliki حفظه الله ونفعنا به وبعلومه في الدارين, seorang daripada kami menyebut si fulan tu bekas bekas guru ana ..... lantas dengan nada lembut mendidik, Syeikh Fahmi menegur, "yang namanya guru, selamanya guru, tidak ada bekas guru saya, mantan guru saya .... kerana hubungan ilmu tetap ada sampai bila², ilmu yang beliau curahkan mengalir di dalam kita ....". Demikianlah lebih kurangnya.
والله أعلم
✍al-faqīr al-haqīr ar-Rāji ila 'afwi rabbih
abu zahrah abdullāh thāhir al-qadahi
sabtu, 23 ramadhān 1441/16 mei 2020
tmn sri gombak, gua batu
selangor dārul ehsān