- Tidak melakukan perkara yang jelas haramnya. Ini tingkat biasa bagi kebanyakkan orang awam.
- Tidak juga melakukan perkara yang meragukan (syubhah). Ini tingkat orang-orang soleh.
- Tidak juga melakukan perkara yang halal tetapi dikuatiri terbawa kepada haram. Ini tingkat orang-orang muttaqin.
- Berpaling (meninggalkan) selain kepada Allah Taala kerana takut terpakai meskipun sesaat umur kepada yang tidak mendatangkan faedah, sekalipun perkara itu tidak akan membawa kepada yang haram. Ini tingkat orang-orang siddiqin.
[Oleh: Ustaz Zul Ramli M Razali – Majalah Q & A]
No comments:
Post a Comment