Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Tanda kiamat

Tuesday, May 21, 2013

Antara tanda-tanda KECIL KIAMAT berdasarkan riwayat al-Bukhari dari Abu Hurairah :

1. Ilmu agama dicabut dengan kematian ulamak.
2. Ilmu agama tidak dianggap penting.
3. Penzinaan tersebar luas kerana mendapat izin rasmi.
4. Minuman keras seperti arak diminum secara berleluasa dan para peminum tidak mengenal dosa malah berbangga dengannya.
5. Banyak berlaku gempa bumi.
6. Banyak fitnah memfitnah.
7. Banyak pembunuhan.
8. Bermegah dengan projek mega.
9. Gunung-ganang dihapus dan digondolkan.
10. Pembaca al-Quran dari golongan fasik.
11. Solat dianggap mudah dan diremehkan.
12. Masjid banyak didirikan tanpa pengimarahan.
13. Ramai orang menjadi pemimpin tapi tidak boleh dipercayai.
14. Ramai orang soleh meninggal dunia.
15. Anak melawan ibu bapa.
16. Pendusta dibenarkan manakala orang yang jujur tidak dipercayai.
17. Setiap kawasan, daerah dan negara diketuai munafik.
18. Menuntut ilmu bertujuan memperolehi pangkat dan kedudukan.
19. Para pembesar/pemerintah melakukan zina.
20. Al-Quran dihina.
21. Tujuan hidup untuk keperluan perut.
22. Alim ulamak dihina.
23. Orang alim tidak disenangi.
24. Banyak kematian secara mendadak.
25. Banyak perceraian antara suami dan isteri.
26. Ulamak memihak kepada pemerintah lalu mencari jalan menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
27. Rasuah berleluasa.

Rujukan : Empat Puluh Hadith Membudayakan al-Quran. Jilid 6. Jabatan Agama Johor.

No comments:

Post a Comment