Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Tangisan bayi

Sunday, December 30, 2012

Baginda Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Janganlah kamu pukul anak-anak kamu disebabkan mereka menangis dalam masa setahun. Kerana pada empat bulan pertama kelahirannya, ia bersyahadat LAA ILAAHA ILLALLAH. Pada empat bulan kedua pula ia berselawat ke atas Nabi s.a.w. Dan pada empat bulan seterus nya pula ia mendoakan kedua ayah bonda nya."

[H.R. Abdullah Ibnu Umar r.a.]

Baginda Rasulullah s.a.w. menjelaskan bahawa tangisan anak di waktu kecil pada bulan pertama adalah tanda ia bertauhid kepada Tuhan Nya dan empat bulan kedua pula ia membacakan selawat kepada Nabi nya dan empat bulan seterus nya ia memohon istighfar untuk kedua ayah bondanya.

Bersabda Baginda Rasulullah s.a.w. :
"Anak-anak sebelum sampai ia baligh maka apa-apa yang di perbuatnya daripada kebaikan maka dituliskan untuknya dan kedua ibu bapanya. Dan apa yang diperbuatnya daripada kejahatan maka tiadalah di tulis untuknya dan tidak pula di tulis untuk kedua ibu bapanya. Apabila ia telah baligh maka berlakulah yang di tulis itu atasnya iaitu segala amal baik atau buruknya."

[H.R. Imam Anas bin Malik r.a.]

No comments:

Post a Comment