Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Membatalkan puasa ganti

Saturday, October 20, 2012

S: Bolehkah puasa ganti dibatalkan tanpa keuzuran?

J: kalau puasa sunat tidak ada masalah membatalkannya. Tidak boleh melainkan sekiranya dia tidak mampu berpuasa sehingga kemungkinan memudharatkannya atau dia mempunyai keudzuran syar'ie seperti bersafar atau sakit / tua.

S: masakan panjang dan dia boleh ganti puasa tersebut bila2 shj.

J: tidak boleh sekiranya wajib kerana ia memasuki umum larangan Allah jangan membatalkan amalan-amalan kita.
Nabi memberikan kelonggaran kepada puasa sunat, orang yang berpuasa sunat itu adalah amir bagi dirinya sendiri. Manakala hukum berpuasa wajib masuk kepada perintah berpuasa pada bulan Ramadhan. Tidak dibenarkan sekiranya tiada keudzuran. Sekiranya dia belum memasukinya tiada halangan baginya untuk memilih hari-hari yang dia rasa mampu untuk berpuasa selagi masa masih membenarkannya tetapi sekiranya dia telah bermula maka masuk larangan yang didatangkan Allah berfirman.
ولا تبطلوا أعمالكم.. Janganlah kamu membatalkan amalan-amalan kamu. begitu juga dalil dalil yang serupa seperti walitukmilul 'iddata... wa atimmul hajja wal umrata lillah. maka kita tahu umrah ada yang wajib dan sunat tetapi masih dituntut untuk menyempurnakan. Sebab itu kita katakan puasa sunat adalah rukhsoh yang Allah berikan dengan dalil dibenarkan untuk kita batalkan manakala yang lain masuk larangan yang umum.
Wallahu 'alam bissowaab.

No comments:

Post a Comment