Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Mandi wajib

Wednesday, October 24, 2012

Soalan berkaitan mandi wajib

1. Apakah hukum solat org yg menyedari bahawa terdapat serpihan daging yg terselit celah giginya, setelah tamat solat fardhunya yg dikerjakan setelah mandi wajib. Adakah serpihan daging tersebut menghalang air dari terkena gigi?.

J. Tidak ada masalah terhadap solat fardhunya serta wudhunya begitu juga sebelum itu mandi fardhunya. Ini adalah kerana perkara yang menjadi kewajipannya adalah memastikan bahawa air dilalukan keseluruhan badannya, manakala gigi tidak termasuk kepada suruhan, walaupun ia termasuk kepada perintah galakan untuk membersihkannya dengan bersiwak sebelum berwudhu tetapi tetap hukumnya adalah sunnat dengan sabdaan Nabi sollallahu 'alaihi wasallam,
"لو لا أن أشق على أمتي لأمرتهم بالسواك عند كل وضوء "
Sekiranya tidak aku menyusahkan keatas umatku sudah tentu aku memerintahkan mereka untuk bersiwak pada setiap wudhu'. Dalam riwayat yang lain dalam setiap hendak solat.

Dengan hadits diatas menunjukkan bahawa membersihkan mulut / gigi adalah sunnat muakkadah maka kalau seseorang tidak membersihkannya maka sah wudhunya maka sekiranya sah wudhunya sah solatnya. Ini menunjukkan bahawa apa yang berkaitan dengan gigi daripada soalan dibawah juga tidak membatalkan sekian wallahu 'alam bissowaab, wasollahu 'ala alihi wa sohbihi wasallam walhamdulillahi rabbil 'aalamiin.

No comments:

Post a Comment