Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Antara redha Allah dan redha manusia

Friday, October 19, 2012

Seorang lelaki daripada Madinah memberitahu bahawa Muawiyah ra. telah menulis surat kepada A'ishah rha.: "Utuskanlah surat kepadaku dan berilah kepadaku nasihat yang ringkas dan tidak terlalu panjang". Maka selepas menulis salam kesejahteraan, memuji-muji Allah SWT. dan berselawat ke atas Nabi saw.; A'ishah rha. telah menulis: Aku telah mendengar Rasulullah saw. bersabda:
"Sesiapa yang sentiasa mencari redha Allah SWT. tanpa memikirkan rasa tidak senang hati manusia, maka Allah SWT. akan mencukupinya dari mudharatnya rasa tidak senang orang ramai itu. Dan sesiapa yang tidak menghiraukan murka Allah SWT. dan terus-menerus menyukakan orang ramai, maka Allah SWT. akan menyerahkan diri orang itu kepada orang ramai".

Wassalaamu 'alaika.
[HR at-Tirmidhi : 2414]

Muntakhab Ahadith, ms.639.

No comments:

Post a Comment