Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Bekas sentuhan anjing

Tuesday, October 23, 2012

S. Bekas sentuhan anjing yang kering atau basah, apa hukumnya?

J. Sentuhan anjing yang kering tidak ada masalah, Berkenaan dengan sentuhan basahan dari anjing maka berbeza pendapat ulama dalamnya, sebahagian melihat hanya basahan daripada jilatannya sahaja yang najis sebagaimana dalam hadits, manakala sebahagian pula melihat ia dikiaskan kepada basahan jilatan kepada setiap basahan. Pada pendapat ana membasuhnya (sertu) adalah jalan keluar daripada masalah khilaf ini walaupun ana lebih cenderung kepada basahan yang dimaksudkan adalah jilatan sahaja.

S. Tersentuh bekas sentuhan anjing yang basah bulunya tetapi telah kering pada ketika itu, apa hukumnya?

J. Tidak ada masalah kepada sentuhan-sentuhan yang telah kering terlebih lagi setelah terdedah kepada sinaran matahari dan juga kita tidak seharusnya membuka pintu kepada menyusahkan diri sehingga membina was-was yang tidak seharusnya berlaku. Ini adalah kerana tidak boleh dielakkan anjing daripada berjalan, menggesel badannya, duduk, baring dimana-mana sehingga kita akan pasti tidak mendapati mana-mana jalan, tempat dan bangunan yang mana tidak pernah dilalui oleh anjing. Maka itu kita hanya dituntut untuk membersihkan daripada najis yang kita nampak dan kita sedar mengena pakaian kita dan juga tempat-tempat. Wallahu 'alam Bis Sowaab.

No comments:

Post a Comment