Kebimbangan Nabi apabila pelbagai teknologi, harta, kebendaan dan kemewahan dunia dihamparkan kepada kita. Kata Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam : "Demi Allah, bukanlah kefaqiran yang aku bimbangkan menimpa kalian, akan tetapi yang aku risaukan atas kalian adalah seandainya dunia dibentangkan untuk kalian sebagaimana telah dibentangkan ke atas orang-orang sebelum kalian, sehingga kalian berlumba meraihnya, dan dunia pun menghancurkan kalian sebagaimana ia telah menghancurkan mereka (orang-orang sebelum kalian)" [Shahih al-Bukhari, no 3158, 4015. Muslim, no 2961]
Kemewahan Dunia
Friday, September 28, 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah
ReplyDeleteJanganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki kerana rezeki datang dari Allah
Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan di Tangan Allah
Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja, iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu. Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu
Imam Ibn Qayyim