Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Worldview of the Early Muslims - a research

Wednesday, March 9, 2011

[caption id="attachment_775" align="alignleft" width="192" caption="Kufi by Lutfi"][/caption]

Pengenalan
Menurut kefahaman saya, keperluan memperbetulkan tasawwur masyarakat Islam kini diperbincangkan kerana keinginan golongan ilmuan Islam untuk membangkitkan kegemilangan umat Islam sebagaimana zaman kegemilangan Baghdad dan Cordova dahulu.

Walau bagaimanapun, saya pula berpendapat bahawa keperluan dan pentingnya umat Islam kini untuk kembali kepada kefahaman dan tasawwur umat Islam kurun terawal demi mencapai kegemilangan Islam. Asas kepada pemikiran ini adalah keperluan untuk menyediakan dan membentuk masyarakat, sebagaimana yang telah dilakukan oleh Rasulullah, untuk menerima kemajuan dan kegemilangan tersebut.

Menurut pendapat saya, masyarakat terawal telah disediakan dan dibentuk oleh Rasulullah menjadi satu masyarakat yang begitu mencintai ilmu. Perlu diingat bahawa takrifan ilmu yang sebenarnya adalah pengetahuan yang mendekatkan seseorang kepada Pencipta mereka, Allah S.W.T., mengetahui perintah dan laranganNya, dengan cara yang ditunjukkan oleh pesuruhNya, Rasulullah s.a.w. [5] Dengan takrifan ilmu inilah maka masyarakat Islam terawal mengkaji Al-Quran dan as-Sunnah, untuk mendalami kandungan keduanya supaya mereka lebih mendekati Pencipta mereka dengan cara kekasih yang sangat mereka cintai, Rasulullah s.a.w.[3]

Kerana cintakan Allah dan Rasul, maka para-para sahabat begitu menghargai saat-saat mereka bersama Rasulullah.[6][7] Dengan perasaan inilah maka mereka begitu menghargai setiap perkataan dan perbuatan Rasulullah. Mereka akan ingat setiap perkataan Rasulullah dan apakah perbuatannya pada setiap ketika. Mereka yang mempunyai daya ingatan yang kuat akan menghafal setiap perkataan Rasulullah s.a.w. Lahirlah daripada ini perawi hadith seperti Abu Hurairah r.a., walaupun beliau lewat memeluk Islam.[8]

Saya menyangkal pendapat ilmuan kini yang sering mengatakan bahawa zaman sekarang adalah zaman yang lebih mencabar. Pendapat ini diutarakan oleh mereka yang ingin membuktikan bahawa perlunya kajian semula kepada cara dakwah dan tarbiah Rasulullah. Secara tidak langsung, mereka ingin mengatakan bahawa cara yang dibawa oleh Rasulullah 1400 tahun dahulu tidak lagi relevan pada ketika ini.

Orang-orang seperti ini wujud pada setiap zaman semenjak diutuskan oleh Rasulullah. Bagaimana orang jahiliyah menolak Islam yang dibawa oleh Rasulullah kerana tidak masuk akal, begitulah juga berlaku selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. Orang jenis ini jika lahir 200 tahun selepas wafatnya Rasulullah akan mengatakan bahawa zamannya lebih mencabar jika dibandingkan dengan zaman Rasulullah. Orang yang lahir 400 tahun selepas Rasulullah pula akan mengatakan zamannya lebih lagi mencabar jika dibandingkan dengan 200 tahun dahulu. Begitulah seterusnya, cabaran demi cabaran pada setiap zaman dan mereka menganggap cabaran pada zaman mereka adalah lebih serius lagi.

Pada hakikatnya, apa yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. adalah sesuai pada setiap zaman selepasnya. Jika ada cara lain yang lebih sesuai, nescaya Allah S.W.T. akan menurunkan nabi selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. 1400 tahun dahulu.

Worldview of the companions about life
Kata-kata Saiyiduna Omar, "Kami adalah satu kaum yang ditinggikan martabatnya oleh Islam ..."

Kata-kata sahabat ketika mengadap seorang maharaja dan pembesar-pembesarnya, "Mengeluarkan manusia dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat ..."

Kata-kata sahabat, "Alangkah baiknya kalau aku seekor burung ..." [1]

Worldview of the companions about working and worldly needs
Kisah Saiyiduna Ali bekerja dengan Yahudi [2]

Worldview of the female companions
Jika kita menyelak buku-buku sirah tentang para sahabiah ....

Pernahkah kita terbaca kisah menceritakan tentang ibu kepada Imam Syafei? Atau ibu-ibu perawi hadith termasyhur, Imam Bukhari dan Imam Muslim? Apakah mereka merupakan wanita yang masyhur ketika itu sehingga dapat melahirkan, membimbing dan mendidik anak mereka menjadi insan yang terkenal?

Kita lihatlah bagaimana ketika kurun ke-18, di Turki, wanita Islam masih menuntut ilmu dengan menutup aurat dan ditempat yang berasingan daripada penuntut lekaki [4].

Beberapa permasalahan
Apakah pandangan sahabat tentang kehidupan dunia?
Apakah pandangan sahabat tentang pekerjaan? [2]
Apakah pandangan sahabat tentang ilmu?
Apakah pandangan Rasulullah dan sahabat tentang harta?
Apakah peranan wanita Islam terawal (sahabiah)?
Apakah pandangan mereka terhadap kehidupan pada ketika itu?
Apakah kaitannya antara kecintaan sahabat kepada Rasulullah dan ilmu?
Adakah kegemilangan Islam itu ditakrifkan dan hanya diiktiraf dengan kemasukan dan kajian terhadap ilmu-ilmu falsafah Yunani dan Greek?
Bilakah bermulanya pengiktirafan zaman Baghdad dan Cordova sebagai zaman kegemilangan Islam? Siapakah yang mula-mula sekali mengutarakan idea tersebut?

Reference
[1] Kisah Sahabat
[2] Kisah Sahabat
[3] Sila baca Kisah Sabahat untuk mengetahui sedalam manakah cintanya Sahabat kepada Rasulullah s.a.w.
[4] http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=1204, http://www.ee.bilkent.edu.tr/~history/Pictures2/ul170.jpg
[5] Takrifan ilmu oleh Maulana ...
[6] Kisah Bilal kembali ke Madinah dan azan olehnya.
[7] Hadith perbuatan sahabat mengikut cara Rasulullah menggoncang ranting.
[8] Kisah Para Sahabat, Bab 8 Semangat dan Kesungguhan Terhadap Ilmu, Tajuk 6. Hazrat Abu Hurairah r.a. Menghafal Hadith, ms.133.

Bibliography
__http://www.understanding-islam.com/reader-articles/worship-and-fasting/islamic-groups-and-their-worldviews-and-identities-neo-traditional-salafis-and-progressive-muslims-8101
__http://suffahstudy.blogspot.com/2010/01/suffah-study-circle-3.html
__Muslim Worldviews and the Bible: Bridges and Barriers, Part I, God and Mankind, http://www.ijfm.org/PDFs_IJFM/23_1_PDFs/5-12%20Rick%20Brown.pdf
__http://www.ccrda.org/files/54/files/Environment_Panel_Mohamed_Bhabha.pdf
__http://i-epistemology.net/communication-a-human-development/15-external-forces-altering-muslim-worldview-education-mass-media-foster-changes-.html
__All About Worldview, http://www.allaboutworldview.org/islamic-theology.htm
__Acts and Apologetics: an Islamic Worldview, http://parpools.typepad.com/notes/2011/01/apologetics-islamic-worldview.html
__Muslim Ideology and Christian Apologetics, by SAMUEL P. SCHLORFF, http://www.answering-islam.org/Christians/schlorff2.html
__Islam, A World Civilization, http://www.islamicweb.com/begin/woi_history.htm
__Islam and worldview: the big picture, http://creation.com/islam-and-worldview-the-big-picture
__ON THE PROPHET’S BIRTHDAY: OLD GUARDS, NEW GUARDS AND REAR GUARDS, http://deepakchopra.com/2011/02/on-the-prophets-birthday-old-guards-new-guards-and-rear-guards/
__On Pluralism, Intolerance, and the Quran, http://www.twf.org/Library/Pluralism.html
__Contribution of Muslim Women in Hadeeth, http://muslimheritage.com/topics/default.cfm?ArticleID=1204
__http://www.ee.bilkent.edu.tr/~history/Pictures2/ul170.jpg

1 comment:

  1. Hari ni kita mulakan dengan benda ringan. Berat2 sikit, nanti ya. Ni pasal sahabat dan pesan nabi padanya. Btw saya cite ingat2 lupa, kalau salah, mohon betulkan.
    Saad ibn Abi Waqqas RA gi melawat Salman al Farisi yang sedang sakit nazak. Dan Salman nangis ketika itu.
    Saad tanya, "Wahai sahabatku, kenapa kamu menangis sedangkan kamu sahabat Nabi SAW? Adakah kamu sedih kerana kamu akan meninggalkan dunia, atau kamu membenci akhirat?"
    Salman kata, "Tidak wahai sahabatku, aku tidaklah menangis kerana cintakan dunia, dan tidaklah pula aku menangis kerana takutkan akhirat. Tetapi ada satu pesanan Nabi yang dia SAW berikan padaku, aku rasa aku dah langgar..."
    Saad bertanya lagi; apakah itu wahai sahabat Nabi SAW?
    Salman membalas;
    "Nabi SAW berpesan kepada aku, au kama qaala, Salman, ambillah bekalan utk dunia ini dengan sekadarnya sebagai seorang pengembara... [HR Ahmad]
    Tetapi aku rasa aku dah ambil lebih dari apa yg layak untukku..."
    Dikatakan sepeninggalan Salman, dia hanya meninggalkan harta yg merupakan sehelai serban besar yang dia gunakan untuk alas duduk tamunya ketika mereka datang ke rumahnya, dan sebagai alas duduk ketika dia menjalankan tanggungjawab sebagai hakim dan gabenor,
    sebatang tongkat sebagai alat bantu berjalan, berkhutbah dan menjaga dirinya,
    dan sebentuk bekas tadahan air utk makan, mandi dan berwudhu dengannya...
    Harta kita banyak mana ya? Tanya je...

    ReplyDelete