Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Layanan sama rata kepada anak-anak

Friday, January 21, 2011

Dari Ayyub bin Musa r.a. dari bapa dan dari datoknya meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Tiada suatu hadiah yang lebih baik dari seorang bapa kecuali satu pengajaran dan tarbiah yang baik untuk anak-anaknya."

[at-Tirmidhi 1916]


Dari Abdullah bin Abbas r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa dikurniakan anak perempuan kemudian dia tidak membunuhnya hidup-hidup (sebagaimana di zaman jahiliah), tidak menghinanya, dan tidak melebihkan anak lelaki dalam melayaninya, bahkan dia memberi layanan yang sama rata sebagaimana anak lelaki, maka Allah S.W.T. akan memasukkannya ke dalam syurga."

[al-Hakim, Sahih Isnad. Al-Zahabi 177/4]

Dari Nukman bin Bashir r.a. meriwayatkan bapaku telah membawaku kepada Nabi s.a.w. dan berkata:
"Ya Rasulullah s.a.w. aku telah menghadiahkan anakku ini dengan seorang hamba." Baginda Rasulullah s.a.w. bertanya: "Adakah kamu juga memberi hadiah yang sama kepada anak-anakmu yang lain?" Bapaku menjawab: "Tidak" Baginda s.a.w. bersabda: "(Kalau begitu) ambil semula hamba sahaya itu."

[al-Bukhaari 2586]

No comments:

Post a Comment