Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Hadith - Amalan yang memanjangkan umur

Friday, January 14, 2011

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Dengan berbuat kebaikan akan terhindar daripada kematian yang buruk, bersedekah dengan sembunyi akan menyejukkan kemurkaan Allah dan silaturrahmi iaitu menjalin hubungan yang baik di antara saudara-mara akan memanjangkan umur".
[at-Tabaraani dan Majma uz Zawaid]

Dari Anas bin Malik r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang ingin umurnya dipanjangkan dan rezekinya ditambahkan, hendaklah dia menjalin hubungan silaturrahmi dengan baik kepada saudara-mara ibubapanya."
[Musnad Ahmad]

Dari Muaz r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang berbuat kebaikan kepada kedua ibubapa, berilah berita gembira untuk mereka, yakni Allah Taala akan menambahkan umurnya."
[Hakim]

1 comment:

  1. (( DAHSYATnya SEDEKAH ))
    ** 1 **
    -PANJANG UMUR-
    Sabda Rasulullah SAW : “Sesungguhnya sedekah seseorang muslim itu memanjangkan umur dan mencegah dari mati dalam keadaan buruk dan Allah Taala pula menghapuskan sikap sombong dan membangga diri si penderma dengan sebab sedekahnya”
    [HR Tabrani]
    ** 2 **
    -ELAK BALA-
    Sabda Nabi saw : “Segeralah kamu bersedekah, kerana bala bencana itu tidak dapat melangkahi sedekah” [HR Al-Baihaqi]
    ** 3 **
    -HAPUS DOSA-
    Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah menghapus dosa seperti air memadamkan api.” [HR Ahmad, At-Tirmidzi]
    ** 4 **
    -HARTA BERTAMBAH-
    Rasulullah SAW bersabda: "Tidak akan berkurangan harta yang disedekahkan, bahkan akan bertambah, akan bertambah, akan bertambah." [HR Tirmizi]
    ** 5 **
    -TAMBAH KASIH SAYANG-
    Sabda Rasulullah SAW: "Tiap-tiap amalan makruf (kebajikan) itu adalah sedekah. Sesungguhnya di antara amalan makruf ialah berjumpa kawan dengan wajah ceria (senyum) dan mengurangi isi baldimu untuk diisikan ke mangkuk kawanmu." [HR Ahmad]
    ** 6 **
    UBAT SAKIT
    Rasulullah SAW bersabda: "Ubatlah penyakit dirimu itu dengan bersedekah." [HR Dailami]
    ** 7 **
    BENTENG HARTA
    Nabi SAW bersabda: Bentenglah harta bendamu itu dengan berzakat." [HR Abu Daud]
    ** 8 **
    MENDAPAT SYAFAAT
    Nabi SAW bersabda: "Sesungguhnya yang akan menaungi orang mukmin pada hari kiamat kelak adalah sedekah." [HR Thabrani dan Baihaqi]
    ** 9 **
    HILANG MURKA ALLAH SWT
    Dari Abu Umamah r.a menukilkan sabda Rasulullah SAW: "Bersedekah secara sembunyi memadamkan kemurkaan Allah SWT." [HR Thabrani]
    ** 10 **
    TINGGI DERAJAT
    Allah SWT berfirman: “Orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad di jalan Allah dengan harta, benda dan diri mereka, adalah lebih tinggi derajatnya di sisi Allah; dan itulah orang-orang yang mendapat kemenangan." [Taubah:20]
    ** 11 **
    PAHALA BESAR
    Firman Allah SWT bermaksud: "Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih menumbuhkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah) Allah akan melipat gandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas(rahmat) kurniaNya lagi meliputi Il mu PengetahuanNya." [Baqarah:261]
    JOM BERSEDEKAH !..

    ReplyDelete