Dari Awsat rah.a. menceritakan satu ketika Abu Bakar r.a. bercakap-cakap dengan kami lalu berkata: Setahun yang lalu baginda Rasulullah s.a.w. berdiri di mana tempat saya sedang berdiri. Kemudian Abu Bakar r.a. menangis. Kemudian beliau berkata; Mohonlah kepada Allah akan keadaan yang baik ('Afiat) kerana selepas diberi iman dan yakin yang kuat, tiada yang lebih besar daripada itu kecuali 'Afiat.
[Ahmad 1/3]