Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Showing posts with label Majmaa uz Zawaaid. Show all posts
Showing posts with label Majmaa uz Zawaaid. Show all posts

Hadith - Kelebihan dalam menambah bilangan rakaat dhuha

Friday, November 14, 2014

Dari Abu Darda r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, tidak akan dicatat di kalangan hamba-hamba Allah yang lalai dan barangsiapa mengerjakan empat rakaat akan dicatatkan di antara hamba-hamba Allah yang ahli ibadah. Dan barangsiapa mengerjakan enam rakaat, maka keperluannya pada hari itu akan dicukupi dan barangsiapa mengerjakan lapan rakaat,

Perjalanan da'awah Rasulullah s.a.w. semasa di Makkah

Tuesday, January 25, 2011

Munib Azdi r.a. berkata bahawa; Aku pernah melihat Rasulullah s.a.w. pada zaman Jahiliyah bilamana Baginda bersabda: Wahai Manusia!, Katakanlah "La Ilaha illallah", Kamu akan berjaya. Aku melihat orang ramai; di antara mereka ada yang meludahi wajah Baginda, ada yang menabur tanah di atas baginda dan ada pula yang memaki Baginda. (Keadaan begini berterusan) hingga berlalu setengah hari. Kemudian telah datang seorang budak perempuan kecil membawa satu mangkuk air dan dengan air itu Baginda telah membasuh muka dan kedua-dua tangan Baginda dan Baginda telah bersabda: "Wahai anakku!, Jangan khuatirkan bahawa bapamu tiba-tiba akan dibunuh dan jangan takutkan apa-apa kehinaan".Aku telah bertanya: Siapakah budak ini? Orang ramai telah menjawab bahawa ia adalah puteri Baginda. Zainab r.aha. Beliau adalah seorang budak perempuan yang cantik.

[at-Tobarani, Majma' uz Zawaaid]

Hadith - Perkara Sunnah hingga ke Jumaat

Thursday, January 13, 2011

Dari Abu Umamah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya mandi pada hari Jumaat itu menggugurkan dosa-dosa sehingga ke akar-akar rambut (dan bulu-bulu roma)."

[at-Tobarani, Majma' az Zawaid]

Dari Aus ibn Aus As Saqafi r.a. berkata; Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat dengan sebaik-baik mandi dan pergi ke masjid lebih awal dengan berjalan kaki dan tidak menunggang kenderaan dan duduk berhampiran dengan imam, mendengar khutbah dengan teliti dan penuh perhatian, tidak berkata-kata yang sia-sia, maka setiap langkah yang dilangkahinya akan mendapat ganjaran berpuasa selama satu tahun dan mendapat ganjaran satu tahun beribadat pada waktu malam."

[Abu Dawood]