Rabi'ah al-'Adawiyah pernah ditanya, "Bilakah seseorang telah mencapai maqam redha?" Dia menjawab, "Apabila bergembira dengan musibah yang menimpanya sepertimana dia bergembira dengan nikmat yang diterimanya."
Showing posts with label Kata Hukama'. Show all posts
Showing posts with label Kata Hukama'. Show all posts
Ihsan terhadap lalat
Imam asy-Sya'rani bercerita: Seseorg bermimpi bertemu Imam Ghazali setelah beliau wafat. Orang itu bertanya: "Bagaimanakah Allah memperlakukanmu?" Lantas beliau menjawab: "Allah mengampuniku kerana suatu hari aku membiarkan seekor lalat minum daripada tinta yang sedang aku guna untuk menulis."
Tidak mencela supaya tidak dicela
Hasan al-Basri berkata:
"Aku pernah menemui seseorang yang tidak memiliki kecacatan. Setelah dia mencela orang lain, maka orang lain mula menemukan kecacatannya. Aku pernah berjumpa dengan seseorang yang banyak memiliki kecacatan. Namun, oleh sebab dia diam daripada memerihalkan kecacatan orang lain, orang lain pun tidak pernah membicarakan tentang kecacatannya."
Subscribe to:
Posts (Atom)