Search This Blog

Artikel Pilihan

Jadual Waktu Sistem Badan Manusia!

Waktu Pagi 3:00 am – 5:00 am Paru-paru – Ini adalah waktu terbaik untuk bangun dari tidur. Ketika ini terdapat lebih banyak kandungan ozo...

Showing posts with label Imam Ahmad. Show all posts
Showing posts with label Imam Ahmad. Show all posts

Hadith - 10 Wasiat Rasulullah s.a.w. kepada (to) Muaz bin Jabal

Saturday, January 15, 2011

Mu'az bin Jabal berkata,
"Rasulullah s.a.w. telah mewasiatkan kepada saya mengenai sepuluh perkara. (1)Jangan menyengutukan Allah dengan sesuatu apapun walaupun kamu akan dibunuh atau dibakar. (2)Jangan kamu menderhakai kedua-dua ibu bapa kamu meskipun mereka menyuruh kamu berpisah dengan isteri dan harta-benda kamu. (3)Janganlah kamu meninggalkan solah fardhu dengan sengaja kerana sesungguhnya sesiapa yang meninggalkan solah dengan sengaja maka dia terlepas daripada tanggungjawab Allah S.W.T. (4)Jangan sekali-kali minun arak kerana perbuatan ini adalah punca segala maksiat. (5)Jauhilah diri kamu daripada perbuatan maksiat kerana perbuatan ini akan menyebabkan kemurkaan Allah S.W.T. (6)Jangan lari dari medan pertempuran walaupun semua rakan kamu telah terbunuh. (7)Jangan berpindah dari tempat berlakunya kematian akibat wabak yang sedang merebak seperti taun dan sebagainya. (8)Belanjalah untuk keluarga kamu mengikut kemampuan kamu. (9)Jangan kamu mengelak daripada merotani anak-anak sebagai amaran supaya mereka berakhlak baik. (10)Takutkan mereka (anak-anak) kepada Allah S.W.T."
[Ahmad dan at-Tabaraani]