Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Showing posts with label Da'awah. Show all posts
Showing posts with label Da'awah. Show all posts

Kewajipan berdakwah

Saturday, October 13, 2012

Mufti Zainal Abidin kata jika ingin diterangkan hukum dakwah ini, maka ia di atas segala fardhu. Fadhu diatas segala fardhu.

Ini kerana bila umat meninggalkan dakwah manusia akan meninggalkan amalan agama dan Islam itu sendiri.

Perintah pertama dibuat oleh nabi Saw dan sahabah ialah dakwah. sebelum perintah lain datang, perintah dakwah adalah yang pertama.

Malangnya umat tidak merasakan berdosa meninggalkan dakwah. Sehingga kita anggap kita adalah penceramah, menteri, guru, pengarah, kerani, orang melayu, orang cina.

Kita terlupa kita adalah khalifah ALLAH, penyambung kerja Nabi,
Pewaris Al-Quran.

Bila dakwah ditinggalkan manusia akan meninggalkan masjid, zina menjadi berleluasa, judi, riba, penipuan dan semua perkara haram akan terjadi sehingga manusia dipinggir kemurtadan dan kekufuran.
Orang bukan Islam tidak dapat Islam. Manusia akan beramai -ramai masuk neraka.

Jalan terpantas untuk dekat diri pada ALLAH dan meningkatkan kecintaan pada Nabi SAW dan iman ialah melalui dakwah. Ibu segala tarikat dan sunnah Nabi SAW ialah dakwah. Kebanyakan masa hidup Nabi berjumpa dan memujuk manusia kepada ALLAH dan menangis didepan ALLAH.

Dakwah dan iman tidak boleh dipisahkan seperti irama dan lagu. Dakwah ibu segala amalan.

Bila kita buat dakwah iman kita akan terbina. Umar mula-mula masuk islam, terus buat dakwah. Sepatutnya kita akan kata, umar kau jahat, taubat dulu, tuntut ilmu dulu. Tapi diceritakan sebaik sahaja ucap syahadah terus Umar RA ajak orang lain kepada ALLAH. Sedangkan guru yang paliNG alim dan wara berada didepannya iaitu Nabi SAW.

Ini kerana jalan untuk iman seseorang terbina dengan bercerita dan memujuk manusia kepada ALLAH.

Malangnya hari ini, umat tidak menganggap dakwah ini sebagai perintah ALLAH dan ia hanya sunat atau pun fardhu kifayah. Sedangkan bila tidak buat dakwah iman jadi lemah. untuk pergi masjid pun tida kekuatan.

Ramai orang mengadu pada saya dalam ceramah, susah nak cukup solat, malas nak pergi masjid, selalu jadi malas, tidak boleh menangis, tiada kekuatan nak buat baik dan meninggalkan yang haram.

Ini kerana kita tidak bercakap kebesaran ALLAH dan akhirat kepada orang lain.(dakwah)

Duit ada rm1 cuma boleh beli 2 coklat. RM 100 DAPAT 200 coklat. RM 1 JUTA, lagi banyak.

Sama lah iman rm 1, cuma boleh solat 2 waktu. Iman kuat macam sejuta semua amalan jadi mudah. Semua yang haram senang dijauhi.

Sahabat kata ya Rasulullah kenapa tidak terima 50 waktu solat. Mereka ingin ramadhan sepanjang tahun. Malam turun perintah aurat, esok pagi semua dah tutup aurat.

Ada kawan saya kata masa dalam kereta di highway, lajunya semua kereta. Saya kata, bukan kereta laju tapi dia yang perlahan...

Sama juga bila kita nak cepat dan bawa laju, kita rasa semua kereta perlahan.

Amalan agama ini manis dan mudah. Tapi kenapa rasa berat. Sebab iman kita lemah. kerana meninggalkan dakwah.

Ya ALLAH ampunkan dosa kami semua kerana meninggalkan dakwah dan kami tidak rasa berdosa. hinanya kami semua. Lidah kami kelu untuk bercakap kebesaranmu.- ebit lew

Percakapan dengan anak-anak

Wednesday, October 10, 2012

Jom kita nasihat anak kita belajar2 kata-kata Nabi SAW. Ianya penuh dengan nur yang menerangi hati umat ini.

Abdullah Ibnu Abbas menceritakan suatu hari aku membonceng satu tunggangan di belakang Nabi SAW,

Lantas Nabi SAW bersabda':

Wahai anak, sesungguhnya aku akan ajarkan kepada kamu perkara penting,

Peliharalah (perintah) Allah nescaya dia akan memelihara kamu

Jagalah hak Allah, nescaya kamu akan dapati ALLAH didepan kamu ( Pertolongannya sentiasa bersama kamu)

Apabila meminta,mintalah pada Allah. Apabila memohon pertolongan maka hanya pohon kepada Allah.

Ketahuilah jika semua umat ini berkumpul untuk memberi manfaat kepada kamu, sekali-kali mereka tidak akan memberi manfaat kepada kamu melainkan manfaat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu.

Jika mereka berkumpul untuk memberi apa-apa mudharat kepada kamu, sekali-kali ia tidak akan memberi mudarat kepada kamu melainkan sesuatu mudarat yang telah ditakdirkan oleh Allah untuk kamu

Pena telah diangkat dan tintanya telah kering yakni tidak mungkin berlaku perubahan dalam keputusan takdir.


[at-Tirmidhi]

Bagaimana nasihat kita kepada anak-anak kita. Ya ALLAH bangunkan orang Islam dengan nasihat dan percakapan tentang Allah.

Teringat Hj Abdul Wahab suka kata, Amerika tiada kuasa, Allah yang berkuasa. Bom atom tiada kuasa , Allah yang berkuasa.
Wahai ahli batil, jangan kamu ganggu kerja dakwah kerana bersama orang yang buat kerja ini ialah Allah.

Jika orang yang niat dakwah dan sentiasa membesarkan Allah. Bersamanya ialah Allah. Melawan dan menghinanya seperti berlawan dengan Allah. Semoga Allah memberi hidayat kepada seluruh manusia- ebit lew

Do the bad things that happen in this universe happen by the will of Allaah

Friday, March 18, 2011

[caption id="attachment_894" align="alignleft" width="161" caption="Kufi"][/caption]

Does everything that happens in this universe happen by the will of Allaah? If that is the case then how can things that Allaah does not like happen under Allaah’s sovereignty and by His will?

Praise be to Allaah.

Praise be to Allaah and blessings and peace be upon the Messenger of Allaah and his family and companions.

You should understand, may Allaah bless you, that some people have been misguided with regard to the issue of al-qadar (the divine will and decree), because they think that if Allaah decrees that an action should happen, that means that He likes that thing,