Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Showing posts with label Anas bin Malik. Show all posts
Showing posts with label Anas bin Malik. Show all posts

Adil terhadap anak lelaki dan perempuan

Tuesday, November 25, 2014

Anas bin Malik bercerita: Suatu hari ketika seorg lelaki duduk bersama Rasulullah saw, tiba-tiba anak lelakinya dtg. Lelaki itu segera mrngambil anak lelakinya, lalu mencium dan meletakkannya di pangkuannya. Tidak lama kemudian, datang anak perempuannya. Lelaki itu pula segera mengambilnya lalu meletakkannya di samping tempat dudukny. Melihat perlakuan ini, Rasulullah saw bersabda: 
"Kamu tidak adil terhadap anakmu ini." 
(al-Baihaqi)

Hadith - Kesusahan dan Kesabaran Rasulullah s.a.w. Berdakwah_Fortitudeand Perseverance

Saturday, January 15, 2011

Dari Anas r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Kerana (mendakwahkan) agama, aku telah ditakut-takutkan yang mana tidak ada seorang pun yang ditakut-takutkan seperti itu, dan aku telah disakiti hingga tiada siapa yang disakiti seperti ini. Telah berlalu tiga puluh malam dan tiga puluh siang berturut-turut dalam keadaan tidak ada makanan sedikit pun yang boleh dimakan oleh benda bernyawa kecuali kadar yang boleh disembunyikan oleh ketiak Bilal. Yakni kadar yang terlalu sedikit."
[at-Tirmidhi]