Search This Blog

Artikel Pilihan

Jom Hafal dan Amal Doa Masuk Pasar... 💞

Alhamdulillah.. Dalam Sunnah Rasulullah Saw ada Kejayaan.. Baginda Rasulullah Saw telah ajar banyak doa kepada kita agar kita sentiasa ingat...

Showing posts with label Abu Hurairah. Show all posts
Showing posts with label Abu Hurairah. Show all posts

Hadith - Kelebihan Solat Dhuha

Sunday, February 6, 2011

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Barangsiapa istiqamah mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha, dosa-dosanya dihapuskan walaupun sebanyak buih di lautan."
[Ibnu Majah]

Hadith - Orang Yang Allah S.W.T. Benci

Friday, January 21, 2011

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya Allah S.W.T. membenci seorang yang keras hatinya, seorang yang banyak makan, seorang yang menjerit-jerit di pasar, seorang yang seumpama mayat di waktu malam (kerana banyaknya tidur), seumpama keldai di waktu siang (kerana sentiasa sibuk dengan kerja-kerja dunia) dan seorang yang berpengetahuan mengenai perkara dunia tetapi jahil mengenai perkara akhirat."

[Ibnu Hibban]

Hadith - Amalan buruk menyebabkan gempa bumi

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Apabila harta ghanimah dianggap sebagai hartanya sendiri, dan amanah yang diberikan dianggap sebagai miliknya, yang sepatutnya disampaikan kepada yang berhak dipakai umpama haknya sendiri. Zakat dianggap sebagai wang tebusan yang sepatutnya dikeluarkan dengan perasaan gembira tetapi dikeluarkan dengan dukacita. Ilmu dipelajari bukan untuk agama tetapi untuk kepentingan dunia. Suami mentaati isteri dan tidak mentaati ibunya. Kawan dirapatinya tetapi bapa dijauhinya. Masjid-masjid dijadikan tempat bising secara terbuka. Pemimpin masyarakat terdiri daripada orang fasik. Kumpulan yang paling hina menjadi pemimpin. Orang akan dimuliakan kerana takut dan kerana menghindari dari kejahatannya. Zahirnya penyanyi-penyanyi wanita dan muzik lebih digemari. Minuman-minuman arak menjadi kebiasaan. Ummat (generasi) yang kemudian mencaci dan memburuk-burukkan ummat yang terdahulu. (Ingatlah!) ketika itu akan berlaku angin merah, gempa bumi, bumi akan tenggelam, kecacatan pada wajah-wajah manusia akan berlaku, dan dari langit turunnya hujan batu. Dan berbagai penyakit akan terus datang satu persatu seumpama manik-manik yang terputus benangnya jatuh satu-persatu dengan laju."

[at-Tirmidhi]